Kasih Sayang Mengikut Bulan KeLahiran

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya
dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
———— ——— ——— ——— ——— ——————

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang
tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
———— ——— ——— ——— ——— —-

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —–

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— ——— -

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai
memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— –

Julai
- Amat sukar didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
———— ——— ——— ——— ——— –

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
———— ——— ——— ——— ——— ——

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— -

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

P/s: Sekiranya  setiap ramalan ini tepat buat anda ia merupakan kebetulan.Jangan Percaya Pada Tilikan... sekadar suka-suka.

184 Respons to “Kasih Sayang Mengikut Bulan KeLahiran”

  1. fathiah Berkata:

    salam…

    wa…bulan disember tu..baca…baca..(yg baik je)hehe..
    TQ sebab sudi berkongsi

  2. ~miss khalida~ Berkata:

    hye…
    saya dilahirkan pada bulan oktober…
    saya rasa apa kriteria yang dinyatakan di atas sedikit sebanyak ada pada diri saya….

  3. raahil Berkata:

    bln julai….
    huhu…betul laa tu…

  4. gua April!
    macam tak caya je.. heheh!!

  5. ha….aaaaaa…. laaaa
    betullllll la
    sy bulan september

  6. ishhh…biar betolll…
    saya taurus..mmg btl ciri2 bln mei 2 ada pd saya…
    heheh…

  7. hamba Allah Berkata:

    salam

  8. mmm…banyak yang betul..tq dapat berkongsi

  9. susah btl nk sertai pas. knape x buat online pny register.nape nk emel? buat susah2 je. papepon, kna ckp serupa bikin. (tulis serupa bikin) ISLAM kta knalah Islam yg sbnryna Islam. pure Muslim.pure mukmin. good luck kpd webmaster.salam mujahadah _ save palestine _

  10. btol la!!!!!!

  11. ifarzer Berkata:

    slm..ish…bln 6 emmm…cmeny cm tpt jew..heee

  12. azmila Berkata:

    keserasian bergantung pada persefahaman sesama pasangan, tolak ansur & hormat menghormati…

  13. sailormoon Berkata:

    sme a nga pribadi sy,,,,blan 12 ow,cpt mrah…hehehehe…….

  14. sy dan suami bln januari,sy 4hb bln suami pula 19hb suami agak pelembut sikit tp sy agak baran juga yg lain2 tu kebetulan ada persamaan

  15. em..bln 3… tapi bakat dalam bidang muzik tu langsung takde..

  16. Siti Fatimah Ahmad Berkata:

    Assalaamu’alaikum

    Terima kasih memberi beberapa panduan dari Dr. Fadhilah Kamsah tentang hal ini. Alhamdulillah, ternyata sebahagian besar dari pendapat tersebut dimiliki oleh saya. Itulah kebijakan manusia dalam membuat firasat. Salam mesra.

  17. sy bln mac..hehehe

  18. betul jgk le…
    tindakan saya sukar dijangka
    suka mencari rahsia
    dan saya mendapat kebenaran dari rahsia yang saya cari
    mmg saya x suka dipuji

    mcam mana tau ye….

  19. ade jugak la yg sipi2 kene tapi enjoy la bile dpt tau bende2 cmni sume

  20. Huzaimah Berkata:

    Assalamualaikum….hai,sy lhr bln jun…..hmmm ada btl gak 2 pa yg di ktakan……tp btl ka bulan jun ni kalau sapa memuji dianggap musuh dn sapa menegur dianggap kawan?hmmmmm

    • laila dayana sher Berkata:

      sy pn jun jak mmg sy mcm tu la,org y puji sy x ska,org y menegur sy anggp org yg mampu mbtlkn ksilapan sy

  21. sheila Berkata:

    betul la 2 pasal sy………………bln ogos mmg suka mengamuk………..tetapi hatinya baek taw….

  22. muslimah Berkata:

    sya kelahiran bulan 6, ada gak yang benar….

    • mceh,,,,hye…slmt ptng…..saya di lahirkn pada 29 mei…jdi pada bulan itu sya mndpt sesuatu yg bru dripada kasih syg mngikut bulan klhiran….sift2 yg trtulis di dlm bulan mei..agk mrupai prngai saya..jdi sya mngucpkn ribuan trma ksh,,,sbb sdi brkongsi dngn kmi…. :)

  23. salam, alhamdulillham..dengan apa yang saya baca bagi bulan mac..saya rasa da betul dan da kena dgn saya. saya sekarang pun memang berkhidmat utk org lain..shukran pada yang menyediakan semua ni.

  24. blog walking~

  25. mohd izzat Berkata:

    kat bulan saya, tak banyak yg sama ngan saya…… tapi kalau kat bulan arwah abah saya betul2 sama semua yang tertera…. terima kasih

  26. emmm. sy dtp mgetahui tntang bulan2 mgikut tafsiran ini.. byk yg dpt sy plajari

  27. ailah mila Berkata:

    hehehe…sy lhr bulan oktober…wah memang pown sy ada kriteria2 spt di atas….huahuahuahuahua….

  28. OERN Berkata:

    boleh la ade juga ciri-ciri yg kena pada saya………..

  29. ONIE PIJEY Berkata:

    98% betul…bulan februari cuma agak pendiam tu, x laaaa…..

  30. bagus lah web nie..
    apa yang diceritekan itu ada banyak yang betul..
    saya lahir bulan september

  31. em..apa yang sya bca sume btoi..sume kena dgn psangan dan diri saya..saya lahir blan september dan pasangan blan mac..

  32. saya lahir pada bulan februari dan segala isinya kena tepat pada diri saya…

  33. wa…..98.989898% betul ngn buln oktober…boleh kenal org melalui cara ni…klau kita bru kenall.tapi, jgnla berburuk sangka pulak..x baik tau

  34. hahahaha…agak kesemuan yg d nytakan bulan julai tpat dgn skap ku… :)

  35. yanie nonie Berkata:

    ah..tgk bln 5 tu seorg yg stie dlm prhbngn taw..hihi.. sume 2 btul2 belaka

  36. bln 9 tol lh tu

  37. Assalamualaikum, suami lahir bln januari, 90% Alhamdulillah sama dgn kriterianya tapi susah untuk jujur, setia, sentiasa ingin menang bila berhujah walau jelas dia kurang betul dan bukanlah org yg pemalu.
    saya lahir bln disember, betullah 2 tapi sentiasa jadi mangsa sijanuari.

  38. hee mohon share ye :)

  39. aii !
    sya dilahirkan pda blan september..
    sya rsa kriteria yg ada di atas,
    sdikit sbanyk ada pdadri sya.. :)

  40. ropiah simin Berkata:

    Saya bln april.Itulah saya….

  41. sifat2 itu sememangnya akan kekal begitu atau boleh berubah ?

  42. erm sye bln november mmg btl sgt2…suke cari n korek rahsia..salunye berjaya la…xsuke di puji.mmg xsuke sgt2…mcm xpandai nk menghargai pujian la…suami plak bln april…tp ntahla btl ke x…yg ketara nmpak mmg pandai berlakon..suke di belai..wah…pape pn thnx…

  43. ellyna Berkata:

    cye bln oktober semua yg ditulis itu benar

  44. ellyna Berkata:

    cye mula menyukai seseorang itu ttp die ade perempuan lain saye kecewa sngat2

  45. ida sun Berkata:

    sy lhir blan oktober…btul2…hampir2 tpat dgn sy… :-)

  46. intan Berkata:

    mmg tepat ape y t’tlis d bulan desember .. ;)

  47. ahmad fazlee Berkata:

    sy lahir pada 11.03
    sy amat suka pada kata2 di bulan mac

  48. zizie Berkata:

    sy ln mac..smue yg tetera dlm blmn mac smue nye btol n sme gan sy…hehe..

  49. yg bin jun toe…sgt tpat…

  50. hah…………
    yg bln jun toe bha,cha bca…
    sgt tepat…….
    hehehehe….:-)

  51. strawbelly Berkata:

    999,,SEPTEMBER,,999

    sgt tepat!!!

    Like2!!!!

    Ngeeee~~~ =D

  52. banyak…..yg btollll

  53. yakkksss… ada sedikit persamaan… terima kasih kerana berkongsi..

  54. noorwatirah bte raidan Berkata:

    melalui dri sini sye dpt m’getahui bnyk tntng dri sye.wlupun tk berape bnyk p’samaan….

  55. kriktikan Berkata:

    betul la apa yang di nyatakan di atas megikut bulan….
    kalau anda tak ada dalam salah satu di atas munkin org yang sama bulan.
    ada ciri ciri macam tu……

  56. mohd sahrit bin jawadi Berkata:

    salam….kena bulan 8…minat sesuatu tapi tak kekal lama…ini masalahnya tuk…

  57. shelvy bibiey Berkata:

    betul lah smua 2….

  58. sy ske bende nie,sy lahir bln januari,sikap yg tertulis kat ats tu same sgt dengan sikap sy.terima kasih kpd makhluk Allah yg mmbuat ini :).drpd sinie sy bleh melihat sikap bf sy :putnam: .sy peminat no 1 pasal bende-bende nie.setinggi gunung kota kinabalu sy mengucapkan ribuan time kasih.<3

  59. yg perkataan :putnam: n <3 tu tersalah tulis sbb nk wat x jadi dlm fb bleh .hehe.:p

  60. nina ahmad Berkata:

    em…sma la hehehe…cm x cya je…

  61. blh la..50%,jer yg betul…..,

  62. hye..sya lahir dlm bln 8..,
    kriteria 2 btl jgk la,cuma yg berani 2 tak la berani sgt..berani sikit je, huhuhu…………..

  63. sangat tepat

  64. hanim Berkata:

    ade btul nyer jgk ,bb sy lhir bulan oktober..

  65. eh….betul lh…sifat bulan jun sama dgn sifat saya sbab saya lahir pd bln jun…

  66. syahira Berkata:

    sye rase amg betul larh pd bulan oktber dan dismber 2?heheheheh

  67. Zulkifli Berkata:

    Saya dengan second wife berkongsi hari jadi yang sama..6 mac..kami serasi..tpi baru ni kami clash sebab dia terkena sihir.

  68. farah hana Berkata:

    saya lhir blan febuari…psal suke mempamerkan kemarahannya 2 mmg ade dlam dri saye..he3 jgn trkjut pda sesiapa yg knal saye klu saye mrah awak sume secare tibe

  69. niknihadnaumi Berkata:

    saya lahir bulan julai…. hahaha

  70. niknihadnaumi Berkata:

    :)

  71. zura sweet Berkata:

    ada yg sme

  72. ain tomei Berkata:

    aq lahir bulan 5…sikap aq ada yg sama dalam blog ny..aq kalau menjalinkan hubungan,,aq seorang setia…sbb aq tak akan sakiti perasaan org..kalau kite mainkan perasaan org..mana tahu stu hari..hati kite yg di sakiti…

  73. betol apa yg tertulis di bulan disember tu..

  74. tq dri sni sya bnyak mengetahui dri sya
    dn byak prsamaan sya

  75. OGOS UTK TEMAN SAYA MEMANG SAME DGN APE YANG D KATA KAN & APRIL JUGE SAME DGN DIRI SAYA

  76. puteri bongsu lee Berkata:

    huhu.. xsangka.. kesemua kenyataan di ats,mmg kbanyakannya sama ngan kerekter saya.. heE.. March girl

  77. ade la……… bnyk yg ade sikit yng x de……….

  78. ahmad nurfashih Berkata:

    Apakah hubungan tahun MASIHI dengan kita sebagai orang Islam? Jarum halus yang sungguh tidak terasa menusuk sedikit demi sedikit.

  79. ieqa love dya Berkata:

    sangat menarik.. kebanyakannye kene dengan sifat saya.

  80. semua yg tertulis hampir sama..

  81. Rabiatul Berkata:

    slm..
    hhhmmmm….april?
    cm 2 ke??
    ssh je nk trme.. haha!
    but..thats me!
    thnx bt yg sudi b’kongsi..

  82. hahaha..tp smua pmpun x taw ke..sy pilihn yg tepat..tp dpt asyik sy asa cm x tepat pilih dowang..kihkihkih..

  83. btul ape y d kte dgn blan april 2.prgai sye sbjik dgn 2…

  84. MOHAMAD WAFFI Berkata:

    huhuhu.. bulan oktober.. mmg pdan r dgn aq.. sebijik mcm aq.. hehhe..

  85. semua yg tertulis tu hampir2 sme lah……..hihihihi……………………..

  86. asalamulikum, aku lahir 7.6.1994,pertanyaan saya kalau bulan islam bulan apa?

  87. blan klahiran sy pd blan februari,, psangan sy plak pda blan mac… bley d ktewkn hmpir 90% yg btul….

  88. DaRk_OuS Berkata:

    sye lhir bln 11….kbnykn nye btoi…huhuhu

  89. assalamualaikum….kebanyakn same ngan sye.bulan sembilan….sape bulan sembilan,tahun 1995…..ye….

  90. salam..sy lahir pd bulan 4..semua yg tulis di atas sama pd diri sy n laki2 idaman sy..mcm x caya pula..laki2 idaman sy bulan 2…tq ye ,,

  91. ecyah si cimoit-comot Berkata:

    sye bulan januari,betol ap yg di ramal…tapi bulan 10 tu xsme la nan perangai kawan sye…

  92. T0l larh.,sye agak b0r0s

  93. salam,,
    wa,,betullah ramalan tu,,semua tentang diri saya,, bulan 5 (mei),,
    boleh kn saye nk copy,,???

  94. sye bulan8 ade yg btol.. tp x smue.. llaki idaman lahir pda bulan october

  95. Mohamed Ridzwan Berkata:

    Assalam

    Semua yang tertulis dalam Bulan kelahiran saya hampir 90% sama dengan saya. Saya cuma nak kepastian bagaimana Boleh memberitahu tentang seseorang mengikut Bulan kelahiran nye ? Rujukan. ? Kajian Dari ???

    Wassalam

  96. sye ni lahir bulan Januari…..smue yg dituliskn btolllllll je…ermmmmm…suke3…

  97. (April)..hampir kesemuanya betul tentang diriku..
    tp aku bukanlah jenis org yg kuat cemburu..hehehe

  98. Daisy Agnes .c Berkata:

    hmmmm …
    rasa nya memang banyak benar … bahkan 99% benar dan terdapat pda setiap orang yg saya kenal :)

  99. betulla!!!saya mmang kuat cemburu biler tengok orang yang saya cintai bersame dgn ponpuan laen

  100. saye lahir bulan oktober…tapie saya tak pentingkan diri sndiri n patah semangat…

  101. siti aminah Berkata:

    alhamdulilah…… pertama sekali baca n ada jgk y btul amin.

  102. saye memang mudah terusik orangnye…sbab tuh kengkawan saye sume suke jage hatie saye n bf saye pon slalu jage hatie saya

  103. kristini Berkata:

    hhhh bln jun lmyn btul

  104. azian sani Berkata:

    Bile bace…gelak sakan…betul jgak 2

  105. putri fazara Berkata:

    hai saya putri, saya bulan februari. itu memang menunjukan sikap saya.

  106. fazar nasrullah Berkata:

    saya bulan juni, mmmm like this

  107. farhatul ardhini Berkata:

    hye sya farhatul,sya lhir blan februari dan itu mmang btul sifat dan sikap sya!!

  108. farah sepet :) Berkata:

    hye sya farah,sya lhir blan feb smua btul tpi ada yg trtinggal sya kuat cmburu…hehe :)

  109. NurQasidah Binti Ibrahim Berkata:

    Assalamualaikum..kebanyakannya btl..

  110. nor anizah Berkata:

    bulan kelahiran lelaki sama ke?

  111. sikit persamaan

  112. mcm ad p’samaan

  113. anatasia Berkata:

    ehem,..mmg btul larrhhh..hihihihi tp yg badan sasa 2 tak kowt..hahaha

  114. eryana Berkata:

    btul lh..tpi ada sesetghnya 2 xbtul..ahahahaha….>.<

  115. eira mizal Berkata:

    bln oktober.. Tp sy ta bowoz pn. Suke..suke..suke bace!

  116. kannan Berkata:

    i was born jun

  117. amiey Tayunk Berkata:

    tool laa huhuhu

  118. noor_aya Berkata:

    sy punya on julai..ciri2 yg dinyatakan almost 80% yg menepati diri sy..mcm mane nk buat supaya sy mnjadi seorg yg bukan hanya suka menunggu kwn tetapi juga suka mencari kwn..agak lemah dlm soal cari kwn..bukan memilih tp takut dan malu jgk time mula2 nk bertegur sapa tu..

  119. Yanie The Lie Berkata:

    saya bulan mac… memang betul dgn diri saya

  120. assalamualaikum.saya suhaila.byk jugak yg betul la fakta bulan julai tu…tp saya minat pd seni.

  121. tasha Berkata:

    saya di lahirkn pada bulan oges..ape yg trtulis ada dalam diri saya…terima kasih..

  122. sy dilahirkn pada bulan oges..smua kena kat dri sy..terima kasih

  123. anis Berkata:

    sya bulan mac,,bestlh sma mcm kriteria q

  124. sya bln julai..x sangka hmpir 90% btul..hehe

  125. lisa chefunny Berkata:

    emm,percya dkiett

  126. iesya Berkata:

    sy blan jun tuey ,…

  127. mieyusrari Berkata:

    sy bulan november dan pasangan sy bulan februari..hehe..we complete each other..

  128. saya jun emang bener yang di katakan itu semuanya bener

  129. najla'A IQLIMA Berkata:

    assalamualaikum….sy bulan nov…bnyk ciri2 tu sma dgn sy..dan yg psti cter2 sy mmg dktor..

  130. saye bln jun gak,,hermmm……adelah sama dkiet….hehe…

  131. bulan julai :)

  132. muhammad fakhari Berkata:

    saya bulan november.sy x sangka tepat ape yg ditulis.cume 1 sy bkn brbdan sasa

  133. mohd ridhwan Berkata:

    sye memang plik dgn bln jan…krana ape yg dinyatakn tdk sme dgn ape yg trsrlh pd dri sye sendiri

  134. saya sebagai wanita yang berkelahiran november merasa banyak sekali yang sama dengan saya…hehehe

  135. apakah persamaan bulan julai dengan bulan oktober

  136. bulan april…banyak persamaan bg saya…

  137. fitriey azieyla Berkata:

    saya yg lahir pda blan 9 … da yg btol dan tdak btol ..hehehe ,,, bnyak yg krng dan bnyak yg btol tntng dri saya ,,

  138. mmg btol la kte2 dlm ni cy lahis bulan mei.

  139. Noorhayati Berkata:

    Best ble baca psl bln 11..wlaupn hujung thun kn…skit sebanyak ade gak kena mngena cme x de rezeki lak nk jd doktor..syukur ape yg ade skrg ni..alhamdulillah..

  140. i love allah Berkata:

    Aq suka blb disember..sume nye btol..;-)

  141. faeizah Berkata:

    99 peratus ….. semua nye ade dalm dri sye auu……..ermm bertuah sye lahir dalam bulan jun ni…..

  142. Putri =) Berkata:

    assalamualaikum ,berdasarkan apa yang saya baca untuk bulan mei dan september ,semuanya baik .apa2 pun terima kasih .

  143. nurul basyirah Berkata:

    hye saya lahir bln november memang betul pn ckp dia saya agak degil sikit

  144. Tilikan yang bulan feb itu betul untuk diri saya yang lahir pada bulan feb,.dan tilikan bulan dec juga betul sebab teman lelaki saya bersifat begitu,.sekarang saya da tahu..terimakasih untuk tilikan anda..

  145. bariq muslim Berkata:

    huh,memang betol apa yg dinyatakan di atas….sebijik sama.hahaha….

  146. Hazeen Berkata:

    asalamualaikum .. emm .. ape yg saya bca semuanya mmg kena dgn sikap saya .. mmg bena :)

  147. jack ching Berkata:

    Haha. .wah. .btl la bln julai 2. ..hehe.

  148. blue sky Berkata:

    untk bulan febuari2 betullh..bulan januari pun same..

  149. emrlyla lyern Berkata:

    hurmm..bln10??…ermm..btul k 2??klau 2 mmg bt0l ..trme jer lyh..:-)

  150. bulan julai memang teruk..

  151. sy january.. tepat sgt-ii..

  152. sy januari

    ap y dtulis tu betul same skli.. hihi

  153. sal and Nich Berkata:

    btl sgt2..my fiance bln october n me bln februari…caya laaa ;)

  154. assalamualaikum saya bulan mac saya tengok ada jugak yang betul tu pada diri saya ni huhuhu

  155. sykriyah Berkata:

    haha…. mmg btol sye kuat brngn

  156. ada yang betol and ada yng salah.. ramalan , biasalah :D

  157. aida sulaiman Berkata:

    yah..btl hampir 90% sama dgn personality saya,…:)

  158. bulan kelahiran sa 04(april) semua mmg btl .. tpy bagaimna nak menyelesaikan mslh yg mendatang . sa tkt akan menyesal d kemudian hari ..

  159. Humm smua ta best . Yg bgos disember juga . Haha .12

  160. sya lahir pada bulan Disember..apa yg dikatakan kat atas tu smuanya sama yg ada dlm diri sye..hahaha

  161. cindy percy Berkata:

    ramalan bln januari tu cun ngan perangai sy la n ramalan bulan disember pun cun ngan perangai husband sy…heheheee…

  162. Saya lahir pda bulan jun. sdikit sbnyk btul gak apa yg ttulis kat atas tu. hahaha

  163. xii'sitieyMan'Z Berkata:

    smua cri2nya sy stju…smuanya btl hmpr 99% smau sma dgn cri2 sy n psngn sy…

  164. Ad ciri2 blan julai

  165. NurHaziqah Aqila Berkata:

    Hye..sye dilahirkan pd bulan jun..hampir separuh drpd teks 2 ada dlm diri sye..sye mmg minat bende2 mcm nie..klw dibaca dri ats hngga bwh,,sparuh dri itu adalah positiv..

  166. Xii emolisah sadong Berkata:

    Wahh !! ^_^ hehe .. bulan feb .. cm taww2 jeww .. best laa ..

  167. Nurul Aini Binti Saparin Berkata:

    bulan october n mei

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: