Arkib untuk Kategori Politik

Anwar: Jangan salahkan Dr M saja

Posted in Politik on 19 September 2013 by Admin

Sumber :- Malaysiakini


Jarang-jarang berlaku, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pemberian kad pengenalan terhadap warga asing di Sabah.

NONE“Saya lihat laporan media, semuanya menyalahkan Dr Mahathir. Ini tidak betul.

“Sistemnya sudah beroperasi sejak sebelum beliau dan terus berlangsung selepas itu, Tetapi kita harus hentikannya,” kata Anwar merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai “Projek IC”.

Anwar memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang asing Sabah di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun, tanpa menamakan bekas bosnya itu, Anwar yang berpakaian sut hitam dan kemeja putih, membidas Mahathir yang mendakwa tidak tahu tentang Projek IC.

Katanya, jika anda bercakap mengenai kira-kira 200 atau 5,000 orang (pendatang haram) yang datang ke sebuah bandar, maka beliau boleh menerimanya.

Tetapi, tegas Anwar, jika lebih 100,000 orang yang datang (ke Sabah) dan anda mengatakan tidak tahu, maka menurutnya, ia hanya menunjukkan yang anda benar-benar tidak cekap, tidak bertanggungjawab atau bersubahat dengannya.

Anwar menjelaskan bahawa mekanisme itu pada mulanya ditubuhkan semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein untuk menangani kemasukan pelarian berikutan perang saudara di selatan Filipina pada tahun 1970-an.

Bagaimanapun, katanya, mekanisme tersebut yang disifatkannya sebagai satu pasukan petugas khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), terus wujud selepas konflik tersebut dan telah disalahgunakan untuk memberi kerakyatan kepada warga asing.

Apabila disoal oleh pegawai pengendali Manoj Kurup sama ada pasukan petugas khas yang dirujuk oleh Anwar itu adalah orang yang sama yang ditubuhkan di bawah MSN pada tahun 1989 untuk menangani pendatang tanpa izin di Sabah, ketua pembangkang itu menafikannya.

Anwar menjelaskan bahawa beliau membuat rujukan khusus kepada (pasukan petugas) yang rahsia dan yang agak tidak teratur, di luar skop struktur yang sah yang boleh diterima oleh mana-mana masyarakat sivil atau kerajaan.

Anwar, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri, berkata operasinya ketika itu tidak digambarkan sebagai ‘Projek IC’ tetapi secara umumnya dirujuk sebagai operasi oleh pasukan petugas tersebut.

Beliau berkata, kabinet itu tidak pernah dimaklumkan tentang perkara tersebut dan beliau pertama kali mendengar mengenainya melalui aduan daripada akar umbi di Sabah.

Anwar memakai kaca mata hitam ketika memberi keterangan sepanjang prosiding tersebut dan matanya kelihatan bengkak ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Ditanya mengenai matanya yang bengkak, Anwar menjawab ia disebabkan oleh alahan, dan menjangka ia akan pulih tidak lama lagi.

Anwar adalah saksi ke-210 yang memberi keterangan kepada RCI sejak ia bermula pada Januari tahun ini dan merupakan saksi tunggal yang memberi keterangan hari ini.

Mahathir memberi keterangan Rabu lepas.

Royalti Kelantan Makin Hampir – Husam Musa

Posted in Kelantan, Politik, Video Ceramah on 8 April 2013 by Admin

Umno Solat Tapi Tidak Mendapat Pahala? Suatu Pencerahan

Posted in Politik, Tok Guru on 7 April 2013 by Admin

Zaid Ibrahim: Melayu undi Pakatan untuk lebih manfaat

Posted in Politik on 6 April 2013 by Admin

Sumber :- Malaysiakini

Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang yang lantang, menyeru pengundi Melayu menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang kerana jika Pakatan Rakyat kuat, mereka akan mendapat lebih manfaat.

Zaid menyeru orang Melayu yang membentuk blog pengundi terbesar supaya memberikan peluang kepada pembangkang membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Kerajaan baru akan membolehkan kamu membandingkan dengan apa yang kita ada sekarang. Kamu sudah diberitahu berulang kali, selain Umno-BN, tiada sesiapa boleh mentadbir.

“Tetapi lebih baik untuk kamu cuba sendiri? Macam mana kita tahu Pakatan akan lebih teruk daripada Umno jika mereka tidak diberi peluang?” soal Zaid dalam blognya semalam.

Lagi pun tambahnya, gabungan pembangkang mempunyai lebih ramai keanggotaan Melayu berbanding BN “yang menjadikan mereka tidak akan mengapa-apakan kamu”.

Kit Siang: Kita tak takut kalah, tak takut mati

Posted in Politik on 6 April 2013 by Admin

Sumber :- Malaysiakini

Walaupun Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan mungkin bertanding di Gelang Patah, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata beliau tetap tidak akan lari dari kawasan Parlimen itu.

batu pahat dap ceramah 050413 06“Kalau Ghani hendak bertanding di Gelang Patah, saya tak akan undur! Kita bukan kiasu (takut kalah)! Kita bukan kiasi (takut mati)

Su jiu su, si jiu si (kalah atau mati, biarkan saja)!” katanya di hadapan ribuan rakyat Johor dalam bahasa Hokkien semasa ceramah di Batu Pahat malam tadi, tempat beliau dilahirkan dan mendapat pendidikan awal.

Kenyataan itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang rata-rata orang Cina.

batu pahat dap ceramah 050413 03 crowdLim yang mahu meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timor itu menegaskan, beliau memilih Gelang Patang kerana mahu mengembangkan “tsunami politik” pada 2008 ke kawasan Selatan, sekali gus menguatkan Pakatan Rakyat bagi merampas Putrajaya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berucap sebelum itu pula mencabar Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berdepan dengan Kit Siang di Gelang Patah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sah tanding Permatang Pauh

Posted in Politik on 5 April 2013 by Admin

Sumber :- Malaysiakini

Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman itu dibuat Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak.

Katanya, beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.

Sebagai contoh, katanya, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding, pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya balik kampung ada seorang beritahu saya, mana boleh perdana menteri akan datang dari Tambun,” katanya

Siang tadi, Anwar berkata, sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh.

Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi.

NONESekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Siti Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ, kata Anwar.

Anwar berkata, jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu berkempen.

“Saya tidak boleh hanya turun pada hari penamaan calon, kemudian pergi kempen di negeri lain,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang di Kubang Semang hari ini.

Katanya, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal di Permatang Pauh.

Diskriminasi Dan Janji

Posted in Kelantan, Politik on 29 Januari 2013 by Admin

YB Dato’ Mej. (B) Hj Md Anizam memberi respon terhadap janji dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan prasarana kepada rakyat.

Kerajaan Negeri Kelantan telah banyak mengambil inisiatif sendiri bagi memberi keselesaan kepada rakyat walaupun tugas itu sepatutnya diselesaikan di peringkat pusat.

Antara Tanggungjawab, Janji & Rasuah

Posted in Kelantan, Politik, Tok Guru on 29 Januari 2013 by Admin

Negara dikatakan amal demokrasi tapi siaran LIVE susah nak bagi

Posted in Politik, Tok Guru on 2 Januari 2013 by Admin

Rakaman sidang media oleh YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ketika melawat kerja penambatan di Kg. Dasar Sabak serta melawat hakisan

Anwar Ibrahim – Jelajah Merdeka Rakyat Sarawak 5–6 Jan 2013

Posted in Pengumuman, Politik on 2 Januari 2013 by Admin

Anwar Ibrahim waving to supporters at Sepanggar, Sabah

Anwar Ibrahim – Jelajah Merdeka Rakyat Sarawak 5–6 Jan 2013
5 Januari 2013 (Sabtu)

1) 4.00pm Himpunan Kebangkitan Rakyat Limbang
Lokasi: Restoran Hajijah, Limbang

2) 5.30pm Ceramah Perdana Demi Rakyat
Lokasi : Linggi Food Court, Tedungan, Kuala Lurah, Limbang

6 Januari 2013 (Ahad)

1) 9.30am Rumah Terbuka Krismas Cabang Baram & Ceramah
Lokasi: Pusat Khidmat KeADILan Cabang Baram, Marudi

2) 12.15pm Solat Zohor & Makan Tengahari
Lokasi: Masjid Besar Marudi, Kampong Dagang, Marudi

3) 1.15pm Ramah Mesra Bersama Masyarakat Tionghua
Lokasi: Restoran Boon Kee, Marudi

4) 2.00pm Ramah Mesra Bersama Masyarakat Dayak
Lokasi: Rumah Panjang, Marudi

5) 6.00pm-9.00pm Ceramah Perdana – Demi Rakyat
Lokasi: Medan Letak Kereta, Pekan Bau (Berdekatan Stesyen Bas)

6) 8.00pm-10.00pm Ceramah Merdeka Rakyat
Lokasi: Lorong Desa Ilmu 22M, Kota Samarahan

Barisan Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Baru Bian
iii. YB Dato’ Seri Panglima Lajim Ukin
iv. YB Zuraida Kamaruddin
v. YB Ali Biju
vi. YB See Chee How
vii. Pimpinan Pakatan Rakyat Sarawak

Sumber Mediarakyat.net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers