Archive for the Kereta Category

Toyota Panggil Balik 300,000 Prius

Posted in Kereta on 8 Februari 2010 by Admin


Syarikat Toyota akan memanggil semula 300,000 kereta Prius hibrid ekoran masalah brek, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Berita itu merupakan tamparan hebat terhadap syarikat gergasi Jepun itu yang menghadapi masalah keselamatan sehingga mencemarkan reputasi syarikat berkenaan.

Tindakan memanggil balik itu akan menjejaskan model Prius iaitu sebuah kereta yang disayangi oleh bintang-bintang Hollywood dan aktivis alam sekitar.

Masalah kereta Prius itu merupakan tamparan terbaru terhadap Toyota selepas ia memanggil semula lapan juta unit kereta di seluruh dunia kerana masalah pedal minyak yang tersangkut pada karpet kenderaan.

Akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan bahawa tindakan memanggil balik Prius dibuat untuk membaiki program perisian selepas sistem brek antikunci yang dicipta untuk mengelak kereta tergelincir dijangka menjejaskan kira-kira 270,000 kenderaan di Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

“Pihak syarikat telah memberitahu pihak pengedar di Jepun bahawa ia akan memanggil semula model baru Prius yang dijual di negara ini.

“Syarikat akan turut membaiki perisian tanpa sebarang bayaran di AS dan lain-lain negara,” lapor akhbar berkenaan.

Akhbar itu melaporkan pihak syarikat akan membuat pengumuman rasmi pada minggu ini.

Sementara itu, akhbar Nikkei melaporkan syarikat Toyota akan membaiki kira-kira 30,000 kenderaan yang dijual di Eropah, China, Australia, Asia Barat dan beberapa wilayah lain.

Syarikat Toyota yang merupakan pembuat kereta No.1 dunia telah menjual lebih 300,000 model terbaru Prius di 60 buah negara sejak model terbaru dikeluarkan pada Mei lalu.

Kementerian Pengangkutan Jepun melaporkan ia menerima kira-kira 80 aduan pada bulan ini berhubung masalah brek tidak berfungsi selain meminta satu siasatan dilakukan.

Media tempatan melaporkan lima kes yang dilaporkan kepada kerajaan mempunyai kaitan dengan kemalangan.

Syarikat Toyota yang menyingkirkan General Motors untuk menjadi pembuat kereta No.1 dunia itu mengeluarkan 530,000 unit kereta hibrid pada 2009. – AFP

Civic Hybrid

Posted in Kereta on 16 November 2009 by Admin

Mesra alam lagi bergaya


MEMANDU jentera berjenama mewah seperti Honda memang menjadi impian pemandu, apatah lagi model itu didatangkan dengan teknologi terkini seperti hibrid.

Model hibrid menjadi idaman setiap pemandu dan langkah Honda memperkenalkan model Civic Hybrid ini tepat pada masanya.
Peluang memandu uji model itu baru-baru ini membuktikan Honda mampu menghasilkan jentera berkuasa, jimat minyak dan berteknologi tinggi sebaris model enjin konvensional lain yang berkapasiti lebih besar.

Model berkuasa 1,339 cc ini dibantu sistem Integrated Motor Assist (IMA) pintar yang membolehkan penggunaan petrol diminimumkan.

Apabila pedal brek ditekan, enjin petrol akan berhenti beroperasi dan segala ‘tanggungjawab’ itu diserahkan kepada sistem IMA.

Sistem ini akan mengecas semula tenaganya apabila kereta bergerak semula dan pemandu boleh melihat tahap kuasa bateri di papan pemukanya.

Walaupun bersifat hibrid, Civic Hybrid tiada bezanya daripada model Civic 1.8L dan 2.0L generasi kelapan, hanya dibezakan melalui warna dan bentuk rim sport.

Terbaru, model ini dipadankan dengan perumah lampu hadapan gelap menjadikan ia kelihatan sporty dan menarik.

Lampu isyarat membelok pada cermin sisi selain lampu belakang LED berbentuk oktagon menyamai model Civic biasa.

Paparan meter dua tingkat kemas menghiasi ruang hadapan pemandu manakala tombol audio dan penyaman udara digital disusun teliti pada bahagian tengah kokpit.

Rekaan papan pemuka dua tingkat yang memisahkan panel meter kepada dua bahagian iaitu meter kelajuan digital, takat minyak dan suhu diletakkan pada bahagian atas manakala bahagian bawah dihuni meter putaran enjin serta kuasa motor IMA.

Konsul tengah menempatkan beberapa ruang bertutup untuk pemandu menyimpan barangan peribadi selain ruang barang di bawah tempat meletak tangan.

Kuasa Civic Hybrid sangat mengagumkan walaupun jentera ini digerakkan dengan enjin 1.3 liter i-VTEC.

Ketika memecut, kuasa elektrik turut membantu menggerakkan enjin manakala bateri akan mengecas semula kuasanya apabila kenderaan bergerak dalam keadaan sekata atau pedal minyak dilepaskan.

Kuasa dihamburkan ketika mendaki bukit memang terasa mengagumkan walaupun terdengar enjin sedikit mengaum.

Walaupun jentera ini berkuasa 1.3L, tambahan kuasa motor elektrik IMA menjadikan kuasanya menyamai Civic 1.8L, tetapi dengan penggunaan minyak yang 50 peratus lebih baik.

Mengagumkan apabila sistem transmisi CVT tidak terasa ketika pertukaran gear termasuk ketika kuasa elektrik membantu enjin menjana kuasa tambahan.

Ruang dalamannya dipadankan dengan fabrik berwarna gelap manakala semua panel plastik juga berwarna hitam.

Penggunaan warna gelap menjadikan Civic Hybrid ini lebih bersih berbanding warna cerah selain kelihatan lebih sporty.

Ruang tempat duduk selesa untuk lima penumpang dewasa manakala tahap NVH rendah menjadikannya model selesa untuk perjalanan jauh.

Keselesaan pemanduan dan pengendalian kenderaan lebih stabil dengan penggunaan teknologi dwiwishbone bagi suspensi belakang, disempurnakan dengan penggunaan tegas MacPherson pada bahagian depan.

Pengambilan selekoh tetap stabil disesuaikan dengan kuasa pemberhentian mencukupi gabungan sistem pengagihan brek elektronik EBD bersama bantuan brek (BA) dan sistem brek antikunci ABS.

Jika mahukan pemaduan sporty, model pandu uji ini dipadankan dengan mod Sports (S).

Sepanjang memandu uji di laluan berbukit, lebuh raya dan kesibukan kota, model ini mampu bergerak sehingga lebih 500 km dengan satu tangki isian penuh petrol.

Kesimpulannya, model Civic Hybrid terbaru ini bakal mendapat sambutan berdasarkan faktor mesra alam, bergaya, sporty dan paling utama pastinya tahap penjimatan bahan api terbaik.

SPESIFIKASI

ENJIN: 1,339 cc SOHC Empat Silinder i-VTEC dengan IMA

KUASA MAKSIMUM: 70 kW pada 6,000 rpm (enjin), 15 kW pada 2,000 rpm (motor)

TORK MAKSIMUM: 123 Nm pada 4,600 rpm (enjin), 103Nm pada 0-1,160 rpm (motor)

TRANSMISI: CVT dengan Grade Logic Control

CIRI KESELAMATAN: Dwi SRS, beg udara sisi, ABS, BA

HARGA: RM 129,980 termasuk insuran

Tayar yang dicadangkan: ComfortContact-1 195/65 R15 91V

Wang Ehsan hanya untuk kepentingan Umno Kelantan

Posted in Kereta, Politik on 11 November 2009 by Admin

KOTA BAHRU, 11 Nov: Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat pemberian wang ehsan oleh pusat menggantikan royalti bukan untuk rakyat tetapi bagi menjaga kepentingan Umno negeri itu.

Dakwaan itu dilihat berasas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian wang ehsan tersebut hanya melalui projek pembangunan diurus wakil kerajaan pusat bukan kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas perkara itu berkata, penyaluran wang tersebut sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kerana ianya hak rakyat negeri itu.

“Bumi Kelantan yang mengeluarkan minyak, bumi Kuala Lumpur setitik pun tak ada minyak.

“Ehsan apa ambil hak kami. Kami yang beri ehsan kepada pusat.  Bukan pusat beri ehsan kepada Kelantan,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Namun yang lebih dibimbangi adalah ketelusan agensi kerajaan pusat yang dipertanggungjawab mengendalikan projek wang ehsan tersebut.

Pengalaman selama ini jelasnya, dua agensi pusat di negeri itu tidak pernah mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dalam setiap perbelanjaan mereka.

“Pusat telah ada dua agensi tidak melalui kerajaan negeri. Dia ada Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) dan Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER).

“Dua agensi ni nak belanja apa pun tidak melalui kelulusan negeri. Dia nak rasuah ke, nak tiris ke, nak bucur ke, dia punya pasal. Tetapi hak ni (duit royalty) kami hendak,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau sedang mengatur untuk bersemuka dengan perdana menteri membincangkan tuntutan royalti bukan wang ehsan seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Bukan pusat je nak duit, negeri pun nak duit. Negeri ada Dewan Undangan Negeri sendiri ada bajet sendiri ada defisit sendiri, jadi kenapa tak nak beri duit kepada kami,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/

Cadangan periksa kereta 15 tahun dibatal

Posted in Kereta on 6 November 2009 by Admin

Kerajaan menarik balik cadangan mewajibkan kereta yang berusia 15 tahun ke atas, melalui pemeriksaan mandatori tahunan untuk memperbaharui cukai jalan.

Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini.

Menurutnya, kerajaan telah menerima banyak aduan sejak cadangan tersebut diumumkan.

“Kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini,” kata kenyataan itu.

Pada 28 Oktober lalu, MITI mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk dasar tempoh jangka hayat Kenderaan. – Bernama

Benarkan Kereta Bercermin Gelap

Posted in Artikel, Kereta on 24 Oktober 2009 by Admin

blog


Maaf, entry ini panjang sedikit berbanding biasa. Namun kandungannya penting untuk dibaca semua.
“Sebab apa MPV Toyota Alphard banyak pakai cermin gelap?,” soal kenalan.

Diceritakan kepada saya, cermin asal Toyota Alphard ketika diimpot ke Malaysia, gelap. Ejen penjual kenderaan pelbagai guna, MPV, terbabit dikatakan menukar semua cermin gelap kenderaan itu dengan cermin cerah sebelum diperiksa Puspakom. Selesai pemeriksaan, cermin gelap dipasang semula.

Peraturan Kecil Jabatan Pengangkutan Jalan, Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000 menetapkan cermin depan kenderaan hendakah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang 50%. Kesalahan pertama, pemilik kenderaan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 2 minggu. Kesalahan kedua denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih 1 bulan atau keduanya.

Sebelum ini Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, dilapor berhasrat mengadakan operasi pemeriksaan cermin gelap bermula 1 Oktober 2009 tetapi terpaksa ditangguhkan.

Saya difahamkan sumber boleh dipercayai, JPJ telah mengadakan mesyuarat bersama Polis Diraja Malaysia, PDRM dan Kementerian Pengangkutan. JPJ mencadangkan pemilik kenderaan di Malaysia dibenar menggunakan cermin gelap kecuali cermin depan mengikut standard diguna pakai di negara Eropah. Bagaimanapun, dilaporkan cadangan itu dibantah keras PDRM atas sebab keselamatan. Mungkin PDRM mempunyai alasan kukuh tidak terfikir dek akal saya.

Andaian saya, PDRM mungkin bimbang jika kenderaan bercermin gelap disalahgunakan penjenayah. Namun, melalui pengalaman, saya tidak pernah melihat kenderaan bercermin gelap digunakan dalam kes rompakan. Hemat saya, penjenayah lebih cenderung menggunakan kenderaan dicuri secara rambang.

Dalam mesyuarat sama, PDRM dilapor menyerahkan tugas penguatkuasaan memeriksa kenderaan bercermin gelap kepada JPJ. Namun, JPJ membuat keputusan mengesan kenderaan terbabit secara rambang melalui rondaan di jalanraya, jika dikesan pemilik diarah membawa kenderaan ke JPJ untuk pemeriksaan. Setakat ini JPJ dipercayai memilki 100 alat pengesan kadar ketelusan cahaya berharga RM30,000 setiap satu. Alat terbabit didakwa mampu merekod bacaan tepat dalam semua keadaan cuaca.

Maklumat penting berikut ingin saya kongsikan bersama pembaca. Hanya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan, Tengku Mahkota, Raja Muda, Hakim Mahkamah Tinggi, Panglima Tentera Darat dan Ketua Polis Negara sahaja dibenar menggunakan kenderaan bercermin gelap di negara ini. Individu disahkan Ketua Polis Negeri terancam keselamatan diboleh menggunakan cermin gelap. Begitu juga individu terancam kesihatan akibat cahaya matahari disahkan doktor pakar hospital kerajaan.

Selain daripada golongan itu, tindakan undang-undang boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, melalui pandangan mata kasar majoriti pemimpin politik dan pihak berkuasa didapati menggunakan kenderaan bercermin gelap, antara mereka, Menteri Kabinet, wakil rakyat, pegawai dan kakitangan JPJ, PDRM, Kastam dan Jabatan Imigresen. Kita semua bersetuju, ‘no one is above the law’, tiada siapa kebal daripada tindakan undang-undang, lalu ramai mempertikaikan tindakan mereka. Namun, sebilangan besar pemilik kereta persendirian mengambil pendekatan berbeza. Bak kata pepatah Inggeris, ‘if you can’t fight them, you join them’, maka, mereka juga menggunakan cermin gelap.

Untuk mengelakkan imej pemimpin politik, pihak berkuasa dan pemilik kenderaan peribadi daripada terus tercalar, saya menyokong semua kenderaan di Malaysia dibenar menggunakan cermin gelap.

Dari blog Mazidul akmal

Tawaran Untuk Pembeli Kereta

Posted in Artikel, Kereta on 15 Oktober 2009 by Admin

ne_01.2

Kereta Mini bercaj elektrik diperkenalkan

Posted in Kereta on 14 Oktober 2009 by Admin
KERETA Mini Es bercaj elektrik diperkenalkan di Britain.

KERETA Mini Es bercaj elektrik diperkenalkan di Britain.

OXFORD – Sebuah kereta elektrik jimat minyak terbaru, Mini Es diperkenalkan kelmarin di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Model itu mampu dipandu sejauh 241 kilometer jika bateri dicas penuh.

Pengeluar kereta itu turut mengumumkan bahawa bateri kereta itu boleh dicas di gedung pakaian terkenal Britain, Marks & Spencer.

GAMBAR menunjukkan soket tempat caj elektrik Mini Es.

GAMBAR menunjukkan soket tempat caj elektrik Mini Es.

Kereta ini didakwa mampu memecut sehingga 99.77 kilometer sejam dalam masa 8.5 saat manakala had kelajuannya ialah 152.88 kilometer sejam.

Sebanyak 20 pemandu di South East akan menggunakan kereta itu selama enam bulan dengan pajakan sebanyak £330 (RM1,767) sebulan sebagai percubaan. – Agensi

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 79 other followers