Archive for the iSLAMIC Category

Ustaz Mohd Amar | Kuliah Jumaat 15 Feb 2013

Posted in iSLAMIC, Video Ceramah Agama on 6 April 2013 by Admin

Bercakap Islam Mesti Sampai Syurga Neraka Tali Iman

Posted in iSLAMIC on 29 Januari 2013 by Admin

Bagaimana Mencari Cinta

Posted in iSLAMIC on 29 Januari 2013 by Admin

Rasulullah sumber inspirasi kejayaan setiap mukmin

Posted in iSLAMIC on 20 Januari 2013 by Admin

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Definisi berjaya berkumpul pada satu pakej lengkap yang berisi butiran-butiran pengiktirafan masyarakat kepada seseorang, iaitu kaya, jenius, sihat, muda atau sentiasa berjiwa muda, berjawatan tinggi, terkenal, memiliki hamba-hamba yang sedia mengabdi, mentaati, membela dan sanggup mati demi kejayaan tuannya, disempurnakan dengan nikmat yang tertinggi iaitu keluarga bahagia dan kawan-kawan yang setia.

Jika semua itu terkumpul pada diri seorang muslim, tiada alasan untuk menyatakan dia gagal kecuali satu kekurangan yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata biasa iaitu apabila segala kejayaan itu tidak didampingi oleh iman kepada Allah dan Rasul-Nya.. Ianya hanya dapat dirasa oleh diri yang membawa anugerah-anugerah bintang cemerlang yang memenuhi jubah kejayaannya itu. Tanyalah pada orang-orang yang merasai nikmatnya berada di puncak sukses, pasti nurani mereka mengeluh: “Kalau tiada iman semua terasa hampa, kejayaan yang diperolehi tidak mampu memuaskan diri.”

Apabila kejayaan membuat seseorang lebih mengenal Allah maka dia akan berusaha untuk mengabdikan seluruh hidupnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Apa-apa keuntungan duniawi yang diperolehi dengan cemerlang seharusnya disumbangkan untuk kepentingan agama Allah Taala. Jika tiada visi dan misi untuk membela agama Allah melainkan untuk kepentingan diri sendiri selama itu manusia tidak akan merasa puas menjadi hamba kepada nafsunya. Orang yang mengejar harta semata-mata mahu jadi kaya dan orang yang mengintai jawatan ataupun pangkat terhormat semata-mata gila kuasa tidak dapat disamakan dengan peribadi Abdul Rahman bin Auf yang kaya raya ataupun Usman bin Affan tokoh ekonomi terulung dan khalifah yang bijak menjana kekayaan umat. Kedua tokoh ini terlalu agung untuk dibandingkan dengan diri kita yang sungguh lemah iman. Apabila mereka berjuang menguasai dunia umpama singa di siang hari dan menghabiskan malam-malamnya dengan sujud yang panjang, menangisi dirinya seraya mengingati perjumpaan dengan Tuhannya seolah-olah itulah malam terakhir untuk mengucap selamat tinggal kepada semua yang dimiliki. Mungkin diri kita sedang terlena oleh mimpi-mimpi mahu cepat kaya tetapi kurang mujahadah. Jika untuk kepentingan dunia saja kita masih lagi tidak serius bagaimana untuk kepentingan akhirat? Mungkin dilupakan sudah masa depan ke negeri akhirat.

Mengapa kuat sungguh azam para sahabat yang merampas Rom dan Parsi tetapi tidak sedikit pun hasil rampasan itu menjejaskan kecintaan mereka kepada akhirat? Sesungguhnya ingatan mereka kepada wasiat Rasulullah SAW, insan yang paling dikasihi tidak pernah luntur, sabda Baginda nyata memberi inspirasi yang melonjakkan semangat cinta dunia dan sekaligus rindu akhirat. “Demi Allah bukanlah kemiskinan yang aku takutkan ke atas kamu, melainkan aku khawatir jika terhampar luas bagimu dunia sebagaimana telah terhampar pada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu berlumba-lumba sebagaimana mereka berlumba-lumba sehingga membinasakan kamu sebagaimana telah membinasakan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Hadis tersebut menjadi kayu ukur bagi setiap muslim yang bercita-cita menguasai dunia. Jangan lupa, lalai dan tenggelam dalam keasyikan berada di mercu kejayaan hingga lupa tanggungjawab kepada Tuhan yang berhujung menjadi lupa diri. “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah al-hasyr ayat: 19)

Namun bukan bermakna Rasulullah SAW menentang usaha mencari kekayaan dan kuasa di muka bumi ini, malah wajib bagi setiap muslim menguasai apa-apa bidang yang penting untuk kemaslahatan umat. Agar cahaya agama Allah itu boleh menjadi rahmat bagi sekalian manusia, tidak kira ia muslim atau non muslim. Bagaimana hendak menguasai dunia jika umat Islam masih jauh berada di bawah paras kemiskinan? Sesungguhnya orang kaya pasti bahagia jika ia bersyukur dan yang miskin pasti sengsara kecuali yang redha.

Hanya bagi mereka yang kaya dan berjaya diperlukan sikap lebih berhati-hati dan waspada dengan fitnah harta yang akan menjejaskan iman apabila tidak dapat dikawal dengan baik. Semestinya orang-orang kaya lebih kuat ibadatnya daripada yang miskin, kerana ia tidaklah terlalu susah memikirkan sumber pendapatan sebagaimana orang miskin yang membanting tulang untuk menghidupi keluarga. Tetapi pada kenyataannya kekayaan banyak membutakan hati dan merapuhkan azam untuk mengabdi kepada Allah.

Begitulah ujian bagi orang-orang yang hebat, sukses dan terbaik yang pernah dilahirkan di dunia. Jika tidak kuat iman di dalam hati manusia akan tenggelam ke dalam gelombang tsunami yang dihasilkan berpunca daripada nafsu serakah angkara harta, wanita, tahta dan kuasa melainkan Allah Taala menolong hamba-hamba-Nya dan menyelamatkan daripada kejahatan diri mereka sendiri.

Sumber :- Drjuanda.com

Resipi Kejayaan, Bekerja Dengan Hati Yang Bersih

Posted in iSLAMIC on 19 Januari 2013 by Admin

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Antara penyakit yang amat merbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati yang sakit. Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid-murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran. Seorang pegawai yang seharusnya melaksanakan amanah dengan dedikasi apabila terserang penyakit hati akan berbalik mengambil kesempatan lari dari tanggungjawab dan menangguhkan kerja yang menjadi kewajipannya. Seorang pemimpin di rumah atau di tengah masyarakat jika tidak bersih hati akan rosaklah apa yang dipimpinnya dan terabailah amanah. Seorang isteri yang tercemar hatinya suka menyusahkan suami, mengabaikan anak-anak dan mendedahkan diri kepada dosa dan maksiat. Seorang yang sembahyang, puasa dan sedekah dengan hati yang berpaling dari Allah Taala, hatinya akan mati, kotor dan menyimpan penyakit serta sudah tentu ibadahnya tidak memberi kesan pada keperibadiannya..

Pertanyaan yang paling mahal dan bernilai bagi seorang mukmin ialah: “Apakah aku telah kehilangan hati suciku hari ini?” Mengapa? Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama kehidupan. Hidup ini tidak akan bermakna tanpa hati yang hidup. Jika hati mati maka semua amalan akan menjadi tempang, kerja-kerja mengejar dunia akan mengaburi pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya. Fokus utama hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan semata-mata untuk keredaan Allah Taala.

Namun demikian, hati juga diciptakan dengan ciri-ciri sensitif seperti mudah terpengaruh oleh persekitaran, mudah berubah, berbolak-balik, kadang tersesat dan kadang terpimpin. Adalah menjadi tugas seorang mukmin menjaga hatinya, merawat dan menghidupkan semangat iman di dalam hati. Para sahabat Rasulullah SAW pernah menerima teguran langsung melalui wahyu-Nya, supaya mereka sentiasa mengurus hati dengan penjagaan yang baik agar ia dapat berfungsi dengan sempurna sebagai agen penerima hidayah Allah SWT. Menurut pendapat Abdullah ibn Mas’ud, Allah Taala menegur mereka pada saat mereka baru empat tahun memeluk Islam. Dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah al-Hadid ayat: 16)

Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama-kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah. Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Jika demikian keadaannya maka yang menjadi raja di dalam hati ialah iblis dan nafsu syahwat. Hasilnya semua amal dan kerja berorientasi pada kemahuan keduanya. Kalau keadaan sebegini dibiarkan sepanjang masa, boleh jadi seseorang akan kehilangan hatinya.

Pernahkan anda melihat manusia yang tidak memiliki hati? Orang yang langsung tidak mahu mendengar apa kata hatinya akibat nurani bersih hasil limpahan ilham dari Allah sudah tiada lagi. Kerana dia sendiri telah meleburkan hatinya bersama kegelapan tanpa mahu menerima cahaya Ilahi.

Pada hakikatnya, cahaya yang menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya Al-Quran, sembahyang dan mengingati mati. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau telah berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca Al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka pohonkanlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”

Cahaya hati pertama, membaca Al-Quran.

Kejayaan seseorang bergantung pada usahanya mengenal Allah, dan tiada jalan yang paling dekat untuk mengenal Allah selain mempelajari Al-Quran. Dunia hanya boleh direbut dengan kekuatan dari Allah, tanpa bergantung kepada-Nya manusia tidak akan mendapat apa yang diimpikan. Kesuksesan itu ialah sejauhmana seseorang mengikat dirinya dengan Allah Taala dengan ikatan yang kuat. Maka Al-Quranlah yang menjadi ikatan antara hamba dengan Allah Taala. Melaluinya seseorang pandai memilih yang hak dari yang batil, dia mengetahui jalan yang terang dan mengikuti petunjuk Al-Quran. Meneroka dunia dan mengurus diri dan masyarakatnya melalui bimbingan wahyu. Dia lahir menjadi manusia yang jujur, kuat bekerja dan memiliki misi yang jelas dalam hidupnya kerana diniatkan segala pekerjaannya itu sebagai ibadah kepada Allah. Kalaupun ada seseorang yang malas, miskin dan suka menyusahkan orang lain punca pertama penyakitnya ialah kerana dia jahil, jauh dari bimbingan Al-Quran dan tidak mengenal Allah. Begitu pula kalau ada orang yang kaya dan berpangkat tetapi sengsara hatinya punca utama keadaan itu ialah jauhnya ia dari Allah Taala, merasa asing dengan ayat-ayatnya dan membiarkan diri terus menerus dalam kekeringan ilmu.

Kejayaan atau kegagalan itu bermula dari usaha mengurus hati, mengenal Allah lewat kalam-Nya yang suci.

Cahaya hati yang kedua, mendirikan sembahyang.

Siapakah yang mahu berjaya dalam perniagaan, yang bercita-cita kariernya sentiasa naik ke puncak, yang mengimpikan pasangan hidupnya setia dan jujur, yang berharap anak-anak dan keluarga menjadi penyejuk matanya, yang mahu sentiasa bergembira dan bahagia? Semua itu hanya dapat dirasai dengan pertolongan Allah, yang memberi manfaat dan mudarat, membahagi dan mencabut rezeki bagi manusia, memberi petunjuk dan menyesatkan, mengatur segala urusan makhluk. Siapa yang bergantung kepada selain Allah dia tidak akan mendapat faedah dari pergantungannya itu. Ibnu al-Qayyim Rahimahullah pernah berkata: “Ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika manusia bergembira kerana dunia, jadikanlah dirimu bergembira kerana Allah. Ketika manusia mencari bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, carilah bahagia dengan mencintai Allah dan ketika manusia pergi menghadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka pergilah menuntut hajatmu hanya kepada Allah.”

Sesungguhnya ibadah yang menghampirkan manusia kepada Allah sedekat-dekatnya adalah sujud, permintaan yang tidak akan ditolak adalah doa yang ikhlas dan proses pembersihan dosa yang dilakukan terus-menerus adalah sembahyang. Apakah kejayaan seseorang itu bergantung kepada kualiti sembahyangnya? Mengapa tidak, jika sembahyangnya itu melahirkan akhlak yang mahmudah. Sembahyang yang didirikan dengan sempurna syarat, rukun dan khusyuknya layaknya stesen minyak yang bertugas mengisi kekosongan pada tanki kereta agar dapat meneruskan perjalanan sampai ke destinasi yang dituju. Sembahyang adalah energi yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan hidup yang mencabar. Sembahyang yang berkualiti adalah yang boleh melahirkan jiwa yang reda sekaligus kuat berikhtiar semata-mata mahu berlumba-lumba melakukan amal saleh dan membina kehidupan di dunia. Namun demikian, dunia tidak akan memperdayakan orang yang khusyuk hatinya serta menyerahkan diri sebulat-bulatnya kepada Allah Taala. Sembahyang juga menjaga seseorang dari ancaman perhiasan dunia yang melekakan, dan menjadi salah satu cara kita mengingati diri supaya pandai merancang hidup yang selamat di dunia sampai ke akhirat.

Cahaya hati yang ketiga, mengingati mati.

Antara tanda kebijaksanaan orang mukmin ialah pandai merancang masa depan. Bukan hanya pandai melipatgandakan harta dan membina istana tetapi jauh pandangannya hingga menembusi alam akhirat. Pernahkah anda merancang bagaimana menghabiskan masa muda dan melewati masa tua dengan ketinggian ilmu dan persediaan amal, akhirnya merancang untuk mati dengan tenang? Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik dari kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta-pesta keriangan, memenuhi pasar-pasar dan mengunjungi tempat-tempat peranginan yang indah, tidak salah jika kita menjadikan ziarah kubur sebagai aktiviti rutin yang boleh mengingatkan diri kepada kematian. Sebagaimana yang dilakukan baginda Rasulullah SAW yang melazimi ziarah kubur dan mendoakan kaum muslimin tidak kira siang ataupun malam hari.

Dengan membaca Al-Quran, salat dan mengingati mati seorang mukmin telah melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya. Bagaimanakah pula keadaan orang yang tidak memiliki ketiga-tiga cahaya hati ini? Mesti hidupnya hampa, jika kaya pasti merana, miskin pula tersiksa, jika jahil tersesat, kalau alim ilmunya pula tidak bermanfaat.

Sumber :- Drjuanda.com

Kasihku, hebatkah kualiti cintamu?

Posted in C.I.N.T.A, iSLAMIC on 19 Januari 2013 by Admin

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Perasaan cinta dan kasih sayang adalah hal semulajadi yang Allah SWT bekalkan pada hati setiap insan, baik lelaki atau wanita. Adalah bohong jika kita tidak memiliki perasaan cinta, nafsu dan syahwat ketika seseorang yang sangat istimewa hadir dalam hidup kita. Percaya atau tidak, ramai yang hanya setia pada satu orang yang amat bermakna tetapi tak kurang berjuta yang kecewa lalu mencari yang lain. Ada pula yang sudah ikut perangai buaya, terlebih nafsunya. Jika anda sedang menjalin hubungan kasih dengan seseorang, adakah cinta yang berputik di hati anda berdua itu cinta yang sihat? Bagaimana menilai kualiti cinta anda?

Ciri-ciri cinta yang sihat dan berkualiti:

1. Mencintai kekurangan kekasih.

Biasanya seseorang tertarik kepada kekasih kerana harta benda, wajah yang rupawan, pangkat dan darjat yang tinggi, kepintaran, kebaikan hati dan perangai sopan. Tetapi jika ditakdirkan anda mendapat jodoh lelaki yang biasa-biasa saja, tentu kerana cinta, anda akan menutup mata di atas kelemahannya kerana anda pun bukanlah sesempurna yang diidamkan. Setiap manusia dicipta dengan segala kekurangan untuk membuktikan bahawa Allah Taala sahaja yang Maha Sempurna. Namun jika kekurangannya melibatkan iman dan Islam maka seelok-eloknya anda menjadi orang pertama yang memujuknya untuk berubah.

Perkara terpenting yang harus dimiliki oleh seorang Muslim ialah sembahyang, tahu mana yang halal dan haram, wajib dan sunat, akhlak mahmudah dan mazmumah. Ada lelaki yang suka berterus-terang, ada pula yang cepat terasa hati bila ditegur. Peringkat pertama, sebaiknya anda menasihati dengan cara yang tersirat iaitu menggunakan pendekatan memberi teladan dan contoh yang baik. Dilanjutkan dengan tahap kedua, iaitu diskusi dari hati ke hati, saling menilai satu sama lain untuk memperbaiki diri. Ketiga, ciptakan persekitaran yang sihat. Pendekatan ilmu dan hobi yang bermanfaat boleh diamalkan. Keempat, libatkan orang tengah yang boleh memberi pandangan dan nasihat. Kelima, Jangan lupa berdoa, kerana Allah Taala sahaja yang mampu memberi hidayah kepada dirinya. Walau bagaimana usaha anda hanya Allah SWT yang menentukan segalanya.

2. Mahu memperbaiki diri untuk kebahagiaan kekasih anda.

Jangan sibuk mencari kelemahan si dia semata-mata sedang diri sendiri dilupakan. Masih banyak kelemahan anda sebagai hamba Allah dan seorang insan kepada insan lain. Bagaimana dengan tanggungjawab anda terhadap keluarga, masyarakat dan umat? Sebagai seorang wanita biasa, anda mesti mahu menonjolkan sesuatu perbuatan baik untuk menarik hati orang lain. Bukan bermaksud untuk riyak, tetapi hanya mahu menyebarkan mesej kebaikan di tengah-tengah manusia. Kerana hanya dengan berbuat baik kita dapat mengecapi kebahagiaan bersama orang lain. Cinta dan kebaikan hanya dapat dirasai dengan perkongsian antara sesama manusia. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: ”Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat untuk orang lain.” Sebagai isteri andalah tulang belakang keluarga. Sebagai kekasih kepada seorang lelaki andalah cermin bagi hati dan perbuatannya.

3. Cinta itu mencetuskan semangat kesucian.

Hawa nafsu tetap menjadi elemen penting dalam diri insan, namun bukan bermakna kita memujanya. Ia hanya sebagai pelengkap bagi kehidupan di dunia yang fana ini. Cinta yang berasaskan nafsu semata tak akan kekal. Kalau boleh cinta yang anda miliki mampu menguatkan keperibadian, mencetuskan semangat kesucian yang membara, melahirkan visi dan misi yang hebat. Bukan cinta yang melemahkan azam dalam meniti kehidupan, bukan yang mengkhayalkan kekejian yang merosakkan dan bukan yang menghancurkan segala cita-cita yang diimpikan. Maka ramai yang jatuh cinta kemudian berjaya dalam usahanya, baik dalam pelajaran atau kerjaya, dalam kehidupan sebagai hamba Allah atau insan istimewa di hati kawan dan lawan.

4. Cinta yang tidak melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kalau bercinta sampai lupakan Tuhan, ini sungguh merbahaya, walaupun mabuk rasanya apabila bercinta, pastikanlah syariat tidak dilanggar. Wanita yang benar dan tulus cintanya kepada seorang lelaki akan sentiasa memegang satu prinsip dalam percintaannya: ”Bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah.” Dia percaya kekuatan cinta itu berada dalam genggaman Tuhannya. Jika Allah SWT menghendaki, maka cinta itu akan berputik atau sebaliknya ia akan layu sebelum berkembang. Maka berkuranganlah rasa kecewa, patah hati, kecewa dan hilang semangat jika diri dilukai. Dan tidak pula terlalu yakin dan sombong dengan pasti bahawa diri akan memiliki lelaki itu hingga ke mati. Segala sesuatu itu hanya milik mutlak Allah SWT. Anda tidak berhak atas apa-apa pun di atas dunia ini kerana anda hanya seorang peminjam sementara. Maka akan lahirlah perasaan berserah kepada Allah SWT dan memohon perlindungan-Nya supaya kasih yang dijalin sentiasa diberkati.

5. Cinta yang sentiasa diperjuangkan.

Kehebatan cinta anda dapat dilihat daripada usaha-usaha anda untuk menyuburkannya sepanjang masa. Setia dan sabar memperjuangkan cinta sangat susah diamalkan pada zaman ini. Para lelaki hidung belang ramai berkeliaran mencari mangsa, begitu juga perempuan-perempuan jalang yang telah terhakis sifat malu dalam diri mereka. Anda dan kekasih adalah pasangan yang hidup di tengah-tengah zaman yang hampir hancur oleh kerosakan akhlak. Hanya yang kuat iman dan dilindungi Allah saja yang mampu menghadapi ujian cintanya. Apakah bentuk ujian cinta anda? Jangan harap boleh setia jika diri tidak dibentengi oleh iman dan amal saleh. Sampai bila anda mesti memperjuangkan cinta itu? Jika cinta itu menjadi bentuk ibadah kepada Allah SWT, maka sepanjang hayat anda mesti memperjuangkannya. Hingga ke syurga.

Sumber :- Drjuanda.com

Cara mengesan jin wujud dalam tubuh

Posted in iSLAMIC on 14 Oktober 2012 by Admin

 

Assalamualaikum…

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1

Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa.

5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.

Apa Itu Santau? Artikel tentang Santau boleh di baca di sini: Santau Itu Sihir!

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Rujukan http://peribadirasulullah.wordpress.com

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 79 other followers