Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

 

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

 

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

 

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

 

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

 

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

 

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

 

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

 

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:26 8)

 

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

 

 

Wallahu’alam.

 

Rujukan:

طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام

Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

sumber Laman Soal Jawab

92 Respons to “Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah”

  1. putrigunungledang Says:

    saya bru first dtg haid..so..sya still blum faham cara nak mndi wjib..sya nak tnya..nape smua cara nya yg sya tgok dri stiap blog berlainan??

  2. salam…
    sy cume nk tau…
    slepas melakukan persetubuhan pd waktu mlm di bulan ramadhan, adakah boleh berpuasa keesokan harinya tanpa mandi junub terlebih dahulu..

    • Wsalam wbt, Orang yang melakukan persetubuhan pada waktu malam di bulan ramadhan boleh berpuasa keesoknnya dengan syarat dia xjima’ ketika tempoh berpuasa (terbit fajar—-tenggelam matahari) Soal mandi junub….kalu x sempat mandi sebelum terbit fajar boleh di lanjutkan sehingga terbit, Sebab Nabi sendiri pernah mandi selepas terbit fajar…wallahu’alam…

  3. anandaguaq Says:

    Saidatina Aisyah dan Ummu Salamah pernah menceritakan bahawa ; “Nabi SAW pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhakannya” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

    Jadi bagi orang yang bersetubuh dengan isterinya, harus melewatkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga, bagi wanita yang terputus haidnya pada sebelah malamnya, tidak batal puasanya jika ia menangguh mandinya hingga selepas terbit fajar. Namun demikian, menyegerakan mandi dalam semua keadaan ini adalah disunatkan.

  4. saya nak tahu..boleh x guna air kolah untuk mandi wajib.
    saya dengar banyak pendapat berkata perlu lebih 7 kolah..
    maksudnya perlu guna shower atau paip terus dari tangki..

    • seeloknya air yang mutlak,maksudnya tidak dcemari sumber lain.kalau air kolah,dikhuatiri sewaktu kita mandi,air mandian kita masuk dalam kolah,tu dah jadi air tak mutlak.hehe..seeloknya guna air yang mengalir a.k.a air paip@shower.guna getah sambung kat paip mcm dlm jamban pun boleh.. :)

  5. Assalamualaikum

    saya ingin tahu adakah sah saya mandi wajib (haid), mula saya niat dan mandi seperti biasa mengunakan air shower dgn sabun dan syampu, saya akan pastikan yg air shower rata keseluruh badan dan kepala saya, dan saya akan ratakan air dia celah-celah jari kaki dan bahagian yg berlipat.
    Dalam ertikata lain sama saja saya mandi wajip dgn mandi di hari biasa, cuma bila mandi wajib saya akan niat dan saya pastikan air mengalir diseluruh badan.
    terimakasih.

  6. pak_tua Says:

    alamk!! dah x update ker??

  7. fatin azaman Says:

    hmm , apakah bahagian mandi wajib ? puas dh sya carik !

  8. jika salahsatu tempat di anggota badan tidak boleh kena air kerana cedera dan bbalut….. sah ke mandi wajib itu?

  9. ratakan air keseluruh badan…bagaimana nak ratakan air?
    menggunakan tangan?
    rata kan air di celah2 kemaluan dan celah pungung bagai mana nak melakukannya?

  10. En Ahmad Says:

    Saya ada banyak baca artikel tentang mandi wajib dan mengkonfiuskan bila bab niat. dalam satu artikel ada ditulis begini “Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. ” Benarkah begitu?

  11. nak tanye… dalam aturan mandi wajib, part ke berape ntah, kte ada kene amek wuduk. then bile kte meratakan air ke seluruh badan, termasuk membersihkan bahagian sulit, akan menyebabkan wuduk terbatal…mcm mane tuh…ada cara nye ker….confius…tlg saye…

    • amek wuduk tu sunat…yg wajib 1. niat, 2.hilangkan najis/kekotoran, 3. ratakan air ke seluruh bahagian…

  12. ha..ha saya tk prnah mdi wajib.mati lah saya kne laknat dgn bumi.cam,ne,ye?

    • hamba Allah Says:

      saudre kene la blajr cre2 nk mndi wajib krne tnpe mndi wajib bnyk ibadah2 wajib mnjadi x sah….
      lg stu saudra jgn la brkte saudre akn dilaknat bumi krne sume itu urusan Allah S.W.T.
      bknkah Allah S.W.T. Maha Pengampun & Maha Penyayang akn hambe2nye :D

  13. menuntut ilmu itu wajib bagi setiap lelaki dan perempuan….
    beramallah untuk negeri akhirat seolah2 anda akan mati di keesokan harinya….dan bekerjalah untuk dunia anda seolah2 anda hidup selama2nya….
    amalan tanpa ilmu adalah sia2….ilmu tanpa amalan adalah celaka…

  14. dzulhelmi Says:

    salam ustaz ,sy nk tnye ..bole ke klo kite mandi wajib begini ,basuh smue anggota bdan dgn sabun sehingga bersih..selepas itu bru kita niat .dan mengguna shower sehingga meratakan ke anggota bdan..adakah sah ?

    yang kedua .klo bdan kite ade dakwat pen yg sukar utk di hilang kan .mandi wajib kita adakah sah ?

  15. BOBBY IEMAN Says:

    salam ustaz,bagaimana cara seseorang itu mahu meratakan air ke seluruh tubuhnya sewaktu melakukan mandi wajib sedangkan ada bahagian tubuhnya yang tidak boleh terkena air seperti contoh bahagian yang berbalut.

  16. aaliyah Says:

    slm ustaz..cntohnye seorang wanita baru hbis haid belum mandi hadas lg tetapi bersetubuh dgn suaminye..apakah hukum dan bagaimana wanita tu hndak sucikan dirinye kembali??setahu sye jika kita tak berapa pasti dan yakin tentang mandian kita,tak sah solatnye…hrap ustaz balas..

  17. moga rohnya dicucuri rahmat..
    pastinya satu masa nanti pemberontak yg disokong barat tuu pn menerima padah d akhirat kelak..

  18. uztaz…….sye pernah dgr tntang air mustakmal.jika air yg kite gune unuk mndi wjib itu msih ade di gayung ade kah ianye sah???

  19. apabila kite mandi wajib boleh ke kitew menyentuh kemaluan..???? untuk membersihkannya….. ada artikel cakap x boleh sentuh langsung……

  20. hazwani hamizi Says:

    aduhh ! tak fhm tentang mandi wajib nyy ,

  21. saya bru first dtg haid..so..sya still blum faham cara nak mndi wjib..sya nak tnya..nape smua cara nya yg sya tgok dri stiap blog berlainan??

  22. saya sangat keliru..jika tidak dimasukkan air ke dlm mulut, adakah mandi wajib itu dikira sah?

  23. Assalamualaikum

    saya ingin tahu adakah sah saya mandi wajib (haid dan junub), mula saya niat dan mandi seperti biasa mengunakan air shower dgn sabun dan syampu, saya akan pastikan yg air shower rata keseluruh badan dan kepala saya, dan saya akan ratakan air dia celah-celah jari kaki dan bahagian yg berlipat.
    Dalam ertikata lain sama saja saya mandi wajip dgn mandi di hari biasa, cuma bila mandi wajib saya akan niat dan saya pastikan air mengalir diseluruh badan.
    diharap jawapan dapat diberikan melalui email saya dengan segera kerana saya tidak mahu melakukan kesilapan dalam mandi wajib lagi dan menyebabkan ibadah saya tidak diterima.

    terimakasih

  24. lqbal hapiz Says:

    bagaimana jika kita terbuang angin(terkentut) ketika kita sedang mandi wajib ? ? ? adakah ianya sah ? ? ?

  25. compius la

  26. :D
    terima kasih atas maklumat yg bermanfaat di atas…

  27. Ifa@YoungSaeng Says:

    Terima kasih atas maklumat yg ada di ats..

  28. Assalamualaukum, nak tanya.kalau kita sedang dalam uzur boleh kah memotong rambut?

  29. nmak madi wajid bila

  30. dok tahu tera tanyo orang lain

  31. assalamualaikumm..
    sy pon nk bertanya jgak..klaw wnita yg dtg haid da ckup smggu haid pon da benti,then dah mndi wjib dah solat pa sume,tp msih ada lg ksan haid smar2,..adakah mndi wjib itu terbatal dan kna mndi smula???

    • kne mandi wajib blik semula, ade shbt nabi kate, tempoh haid perempuan ialah 15 hari, klu kurg dari 15 hari itu tetap drh haid n klu lebih lak, itu drah penyakit. Walau pun darah penyakit (darah yg labih 15 ari) tu masih ada, kite tetap blh bt solat mcm biase. klu nk mandi wajib, kne tgu darah haid tu btl2 dh xde

  32. bagus betul mandi wajib ni . nanti saye akan tengok kisah nabi pulak. hehe

  33. yeay! akhir nye berlalu jugak . saye dah berape hari bace mandi wajib niiiiii

  34. faris Says:

    kite kena niat sebelum air sampai ke badan ke semasa air sampai ke badan!!!tolong cerita.

    • pak tua Says:

      salam…. makna air smpai ke badan ialah….
      sng ckp cmni la… mne2 air yg smpai ke bdn atau kena ke mne2 anggota bdn sblm niat x dikira mandi hadas.
      sbg cnth, sblm mandi hadas kita basuh tgn, bsh kaki ke apa2je la itu bkn dikira mandi hadas. slps niat kita wajib basuh skali lg…
      wallahu’alam..

  35. hem.. Sy x pernah mndi Wajib? Dh lma jugk? MSlah nya sy x thu mcm mna nk baca niat nya? Sy pham jwi sikit2 hehehe.. Cara2 mndi nya sy x lupa? Hem… Bleh tolong x ?

  36. farihah Says:

    kalau saya niat mandi wajib dulu, pastu baru mandi pakai shower, sah ke x ustaz?? ke kena buat serentak ustaz??

  37. bagaimana kalau seseorang itu ragu2 akan keluar air maninya kerana tidak tahu.tetapi die yakin telah melaluinya,jika pada mase itu die x mandi wajib adakah solatnya sah kerana x tahu.

  38. siti aisyah Says:

    assalamualaikum…em…thanks to information….sebenarnye,slama ni saya x pernah ambil wudhu ketika hendak mandi wajib,,sah ke mandi wajib saya slama ni?

    • pak tua Says:

      salam… syarat sah mandi wajib ialah meratakan air keseluruh badan. yg lain hanyalah sunat. apa maksud seluruh badan @ anggota?? ….iaitu anggota zahir.
      wallahu’alam..

  39. boleh ke kita menggunakn tapk tangan ketika hendak meratakan air keseluruh badan

  40. Salam…sye nk tnye sah ke mndi wjib kal0 dah abis mndi tu…ulg blik dri ats tk0t x kena yg lain…kendian bsuh kaki.?

  41. assalamualaikum,sebnarnya nx tanya skt,sah ke mandi wajib kita sekiranya kita x mengambil wuduk ketika mandi wajib?

    • hamba allah Says:

      assalamualikum!! …eh??sama la soalan kita….sibok je nk meniru org!!hehehe…saya gurau je!!hem….sya skrang ragu2 btol ke mndi wajib sya ni??

  42. assalamualaikum,sah kah mandi wajib saya tanpa mengambil wuduk terlebih dahulu – dan cara mandi seperti biasa mengunakan air shower dgn sabun dan syampu, saya akan pastikan yg air shower rata keseluruh badan dan kepala saya.Selepas itu barulah saya berniat untuk mandi wajib dan mandi semula dgn meratakan air keseluruh badan.Selepas selesai perlukah mengambil wuduk .

  43. salam…wajib or tidak klu mandi wajib m’ikut arah kiblat?..klu smasa mandi wajib tiba2 t’kluar angin dri dubur adakah batal n perlu ikut step p’tama smula?

  44. shahadah Says:

    Assalamualaikum….saya ingin tanya,..seelok-eloknya mandi wajib dahulu sebelum mandi biasa(mandian harian) atau mandi ngan sabun dahulu baru mandi wajib??

    • yah!saya pun ada soalan mcm ni..

    • pak tua Says:

      hehehe.. sye tlg jwp kn bleh??
      yg wajib adalah bila mandi tu air sampai ke seluruh anggota tubuh, maknenye nk mandi wajib dlu ke atau harian terpulang la… tp xkn la dh mandi wajib pastu nk mandi lg kn??
      wallahu’alam…

  45. salam..bolehkah sebelum mandi wajib kerana haid dikerat kuku dan dipotong bulu dahulu untuk memudahkan mandi…kerana saya ada terbaca tentang orang yg sdg dlm haid xbleh potong mana2 anggota bdn?

  46. salam.ustaz klau dkt bahian badan saya niade luka yg mengambil masa nak sembuh tapi saya mandi wajib sah ke tak mandi saya ni

  47. jawaplah cepat saya nak mandi wajib ni

  48. Assalamualaikum, sya nk tnya ni, kalau kita sebut niat tu dengan mulut sepanjang mandi wajib sah ke? Ke kena niat dalam hati juga? Terima kasih.

    • pak tua Says:

      pastu lak x perlu la sepanjang mandi hadas tu asyik ulang2 niat tu. mcm solat, klo sepanjang solat nk ulang niat bila mse nk baca Al-fatihah nye…

  49. ZenAku Says:

    Cara mandi

    Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.

    Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

    Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

    Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

    Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

    Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

    Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

    Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

  50. nurul atikah Says:

    adakar sebenarnya,ketika mandi wajib ini hendak menutup aurat atau tidak berpakaian ?

  51. kalau tak berwudhu semasa mandi junub tak apa kh?

  52. wajibkah hilangkan daki mandi wajib nie..?

  53. knp bnyk soalan yg x dijawab??

  54. riyan fauzi Says:

    assalamualaikum, saya mau tanya untuk mandi wajib apakah harus dengan air yang mengalir ( dari keran ) sebab ada yang berkata bila air bekas terkena kulit dan jatuh di kubangan air maka , tidak sah, mohon bantuannya.

  55. bilakah hendak niat mandi wajib?blhkah niat sebelum air sampai pada badan kita?

  56. md hatta mohamed Says:

    salam,soalan nya.. 1.adkah dgn x brpakaian(telanjang) lakukan mandi wajib.?x boleh @ x sah perbuatan tersebut? 2.menyentuh/mencuci kemaluan dgn lapik(kain);batal @ x sah perbuatan tersebut?

  57. muhd Firdaus Says:

    Kurang Faham

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 79 other followers

%d bloggers like this: