Royalti Kelantan Makin Hampir – Husam Musa
Posted in Kelantan, Politik, Video Ceramah on 8 April 2013 by AdminUmno Solat Tapi Tidak Mendapat Pahala? Suatu Pencerahan
Posted in Politik, Tok Guru on 7 April 2013 by AdminZaid Ibrahim: Melayu undi Pakatan untuk lebih manfaat
Posted in Politik on 6 April 2013 by AdminSumber :- Malaysiakini
Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang yang lantang, menyeru pengundi Melayu menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang kerana jika Pakatan Rakyat kuat, mereka akan mendapat lebih manfaat.
Zaid menyeru orang Melayu yang membentuk blog pengundi terbesar supaya memberikan peluang kepada pembangkang membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Kerajaan baru akan membolehkan kamu membandingkan dengan apa yang kita ada sekarang. Kamu sudah diberitahu berulang kali, selain Umno-BN, tiada sesiapa boleh mentadbir.
“Tetapi lebih baik untuk kamu cuba sendiri? Macam mana kita tahu Pakatan akan lebih teruk daripada Umno jika mereka tidak diberi peluang?” soal Zaid dalam blognya semalam.
Lagi pun tambahnya, gabungan pembangkang mempunyai lebih ramai keanggotaan Melayu berbanding BN “yang menjadikan mereka tidak akan mengapa-apakan kamu”.
Ustaz Mohd Amar | Kuliah Jumaat 15 Feb 2013
Posted in iSLAMIC, Video Ceramah Agama on 6 April 2013 by AdminKit Siang: Kita tak takut kalah, tak takut mati
Posted in Politik on 6 April 2013 by AdminSumber :- Malaysiakini
Walaupun Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan mungkin bertanding di Gelang Patah, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata beliau tetap tidak akan lari dari kawasan Parlimen itu.
“Kalau Ghani hendak bertanding di Gelang Patah, saya tak akan undur! Kita bukan kiasu (takut kalah)! Kita bukan kiasi (takut mati)
“Su jiu su, si jiu si (kalah atau mati, biarkan saja)!” katanya di hadapan ribuan rakyat Johor dalam bahasa Hokkien semasa ceramah di Batu Pahat malam tadi, tempat beliau dilahirkan dan mendapat pendidikan awal.
Kenyataan itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang rata-rata orang Cina.
Lim yang mahu meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timor itu menegaskan, beliau memilih Gelang Patang kerana mahu mengembangkan “tsunami politik” pada 2008 ke kawasan Selatan, sekali gus menguatkan Pakatan Rakyat bagi merampas Putrajaya.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berucap sebelum itu pula mencabar Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berdepan dengan Kit Siang di Gelang Patah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sah tanding Permatang Pauh
Posted in Politik on 5 April 2013 by AdminSumber :- Malaysiakini
Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengumuman itu dibuat Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak.
Katanya, beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.
Sebagai contoh, katanya, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding, pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Saya balik kampung ada seorang beritahu saya, mana boleh perdana menteri akan datang dari Tambun,” katanya
Siang tadi, Anwar berkata, sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh.
Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi.
Sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Siti Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ, kata Anwar.
Anwar berkata, jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu berkempen.
“Saya tidak boleh hanya turun pada hari penamaan calon, kemudian pergi kempen di negeri lain,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang di Kubang Semang hari ini.
Katanya, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal di Permatang Pauh.















