Rasulullah sumber inspirasi kejayaan setiap mukmin


Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Definisi berjaya berkumpul pada satu pakej lengkap yang berisi butiran-butiran pengiktirafan masyarakat kepada seseorang, iaitu kaya, jenius, sihat, muda atau sentiasa berjiwa muda, berjawatan tinggi, terkenal, memiliki hamba-hamba yang sedia mengabdi, mentaati, membela dan sanggup mati demi kejayaan tuannya, disempurnakan dengan nikmat yang tertinggi iaitu keluarga bahagia dan kawan-kawan yang setia.

Jika semua itu terkumpul pada diri seorang muslim, tiada alasan untuk menyatakan dia gagal kecuali satu kekurangan yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata biasa iaitu apabila segala kejayaan itu tidak didampingi oleh iman kepada Allah dan Rasul-Nya.. Ianya hanya dapat dirasa oleh diri yang membawa anugerah-anugerah bintang cemerlang yang memenuhi jubah kejayaannya itu. Tanyalah pada orang-orang yang merasai nikmatnya berada di puncak sukses, pasti nurani mereka mengeluh: “Kalau tiada iman semua terasa hampa, kejayaan yang diperolehi tidak mampu memuaskan diri.”

Apabila kejayaan membuat seseorang lebih mengenal Allah maka dia akan berusaha untuk mengabdikan seluruh hidupnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Apa-apa keuntungan duniawi yang diperolehi dengan cemerlang seharusnya disumbangkan untuk kepentingan agama Allah Taala. Jika tiada visi dan misi untuk membela agama Allah melainkan untuk kepentingan diri sendiri selama itu manusia tidak akan merasa puas menjadi hamba kepada nafsunya. Orang yang mengejar harta semata-mata mahu jadi kaya dan orang yang mengintai jawatan ataupun pangkat terhormat semata-mata gila kuasa tidak dapat disamakan dengan peribadi Abdul Rahman bin Auf yang kaya raya ataupun Usman bin Affan tokoh ekonomi terulung dan khalifah yang bijak menjana kekayaan umat. Kedua tokoh ini terlalu agung untuk dibandingkan dengan diri kita yang sungguh lemah iman. Apabila mereka berjuang menguasai dunia umpama singa di siang hari dan menghabiskan malam-malamnya dengan sujud yang panjang, menangisi dirinya seraya mengingati perjumpaan dengan Tuhannya seolah-olah itulah malam terakhir untuk mengucap selamat tinggal kepada semua yang dimiliki. Mungkin diri kita sedang terlena oleh mimpi-mimpi mahu cepat kaya tetapi kurang mujahadah. Jika untuk kepentingan dunia saja kita masih lagi tidak serius bagaimana untuk kepentingan akhirat? Mungkin dilupakan sudah masa depan ke negeri akhirat.

Mengapa kuat sungguh azam para sahabat yang merampas Rom dan Parsi tetapi tidak sedikit pun hasil rampasan itu menjejaskan kecintaan mereka kepada akhirat? Sesungguhnya ingatan mereka kepada wasiat Rasulullah SAW, insan yang paling dikasihi tidak pernah luntur, sabda Baginda nyata memberi inspirasi yang melonjakkan semangat cinta dunia dan sekaligus rindu akhirat. “Demi Allah bukanlah kemiskinan yang aku takutkan ke atas kamu, melainkan aku khawatir jika terhampar luas bagimu dunia sebagaimana telah terhampar pada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu berlumba-lumba sebagaimana mereka berlumba-lumba sehingga membinasakan kamu sebagaimana telah membinasakan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Hadis tersebut menjadi kayu ukur bagi setiap muslim yang bercita-cita menguasai dunia. Jangan lupa, lalai dan tenggelam dalam keasyikan berada di mercu kejayaan hingga lupa tanggungjawab kepada Tuhan yang berhujung menjadi lupa diri. “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah al-hasyr ayat: 19)

Namun bukan bermakna Rasulullah SAW menentang usaha mencari kekayaan dan kuasa di muka bumi ini, malah wajib bagi setiap muslim menguasai apa-apa bidang yang penting untuk kemaslahatan umat. Agar cahaya agama Allah itu boleh menjadi rahmat bagi sekalian manusia, tidak kira ia muslim atau non muslim. Bagaimana hendak menguasai dunia jika umat Islam masih jauh berada di bawah paras kemiskinan? Sesungguhnya orang kaya pasti bahagia jika ia bersyukur dan yang miskin pasti sengsara kecuali yang redha.

Hanya bagi mereka yang kaya dan berjaya diperlukan sikap lebih berhati-hati dan waspada dengan fitnah harta yang akan menjejaskan iman apabila tidak dapat dikawal dengan baik. Semestinya orang-orang kaya lebih kuat ibadatnya daripada yang miskin, kerana ia tidaklah terlalu susah memikirkan sumber pendapatan sebagaimana orang miskin yang membanting tulang untuk menghidupi keluarga. Tetapi pada kenyataannya kekayaan banyak membutakan hati dan merapuhkan azam untuk mengabdi kepada Allah.

Begitulah ujian bagi orang-orang yang hebat, sukses dan terbaik yang pernah dilahirkan di dunia. Jika tidak kuat iman di dalam hati manusia akan tenggelam ke dalam gelombang tsunami yang dihasilkan berpunca daripada nafsu serakah angkara harta, wanita, tahta dan kuasa melainkan Allah Taala menolong hamba-hamba-Nya dan menyelamatkan daripada kejahatan diri mereka sendiri.

Sumber :- Drjuanda.com

About these ads

Satu Respons to “Rasulullah sumber inspirasi kejayaan setiap mukmin”

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 79 other followers

%d bloggers like this: