KITA nafi Zamil Ibrahim dilantik presiden baru


Dari Malaysiakini

Parti KITA hari ini menafikan bahawa Zamil Ibrahim telah dilantik sebagai ketua parti yang baru menggantikan presiden, Datuk Zaid Ibrahim.

NONESetiausaha KITA, Masrum Dayat berkata “laporan akhbar yang memetik Zamil Ibrahim (kanan) sebagai ketua parti baru menggantikan Datuk Zaid Ibrahim adalah satu berita lucu, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas.

“Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati sesorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut ‘syok sendiri.

“Mesyuarat yang dikatakan diadakan di Kota Bharu pada 25 Februari baru-baru ini bukan mesyuarat parti ini. Barangkali ia mesyuarat bekas ahli-ahli parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti pada 17 Februari lalu, dihadiri 25 daripada 30 ahli anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat, telah bersetuju sebulat suara menolak tawaran Zaid untuk mengundur diri.

Selain itu, beliau berkata parti itu tidak akan dibubar tetapi ahli yang menentang dasar parti untuk menyokong pembangkang akan diambil tindakan disiplin, termasuk memecat keahlian mereka.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 55 other followers