Belajar Merawat Santau


Sesi kuliah oleh Ust Mokhtar Kasan daripada Darussyifa Bangi yang datang ke sini untuk mengajar kami cara-cara merawat santau. Memandangkan zaman moden ini masih banyak lagi manusia yang tidak berhati perut belajar membuat santau. Secara ringkasnya santau ini merangkumi mantera,bahan dan makhluk halus.

Tiga komponen ini digabungkan barulah dinamakan santau.Santau juga biasanya dilepas oleh pembuat santau ditempat-tempat terbuka seperti kedai makan dan majlis kenduri kahwin. Akan tetapi janganlah pula kita salahkan tokey kedai makan pula! Mereka tak bersalah dalam hal ini akan tetapi yang bersalah ialah pembuat santau yang mencari mangsa di tempat awam.Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1. Santau angin
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah
Zaman sekarang umur belasan tahun juga sudah diajar membuat santau.Bahkan mat rempit juga belajar sama.Semua ini adalah untuk keseronokkan diri dan bermegah-megah dengan ilmu yang diajar oleh makhluk halus.
Untuk makluman pembaca entry ni, Ust Mokhtar Kasan ialah perawat Darussyifa Bangi yang khusus untuk merawat santau. Kami gelarkannya sebagai ‘pakar santau’.Bahkan semasa kuliah, bila tiba tajuk santau, Tn. Guru sendiri meminta Ust Mokhtar Kasan mengajar tajuk tersebut.
Banyak juga kami perolehi ilmu dan maklumat semasa kuliah yang disampaikannya. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.
Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun. Kesan yang biasa terkena pada pesakit ialah sentiasa batuk-batuk. Kalau kita pergi ke klinik kemudian makan ubat batuk kemudian sembuh itu bukan santau namanya. akan tetapi maksud tokngah kalau kita dah makan ubat batuk tapi tak sembuh juga maka bolehlah kita pergi dapatkan rawatan alternatif.Santau yang paling bahaya ialah santau tuju.Kalau kena santau tuju biasanya mangsa akan kena muntah darah.
Kami juga menjalankan sesi praktikal dalam sesi kuliah tersebut . Cuba lihat gambat tersebut:


Inilah cara-cara nak merawat santau. Salah satu bahannya ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut.

Untuk merawat pesakit yang terkena santau, pesakit hendaklah membuka baju. Bagi pesakit perempuan, perawat mestilah perempuan. Di Darusyifa ada ramai juga perawat perempuan.Mengikut maklumat dari kawan tokngah yang pernah mendapatkan rawatan di Bangi, nisbah jantina pesakit ialah 2 lelaki 8 perempuan.Ertinya ramai pesakit di kalangan perempuan. Tokngah cerita bukan untuk menakutkan pembaca entry ni, tapi itulah realitinya.
Wallahua’lam…

http://tokngah.blogspot.com/

8 Respons to “Belajar Merawat Santau”

  1. Ingat nak belajar le tadi

  2. Assalammualaikum,
    Saya ingin bertanya bagaimana hendak merawat sendiri jika terkena santau.Buat pengetahuan ustaz, ayah saya masih lg berubat kerana terkena santau sudah berbulan dan sudah berapa tempat pergi brubat.Lagi ayah berubat lagi kuat sihir dikenakan keatasnyer. Bolehkah ustaz tolong?

  3. sy nk bertanya..?sesunguhnya sy mendapat perkahbaran bahawa ada seseorang ingin menyantau sy dan dia menyatakan sendiri kepada sy..
    tetapi sy tidak tahu bagaimana kerana tiada satu barang berkaitan sy pun bersama dia..?sama ada sehelai rambut atau pun sekeping gambar..
    jd bagaimana santau itu boleh terjadi?
    apew persediaan yang perlu sy lakukan sebelum santau itu terjadi pd sy..
    ini semua d sebabkan hasad dengki seseorang

  4. saya mempunyai isteri, saya hairan isteri saya tak boleh tengok saya sembahyang.. bila sembahyang jer dia keluar bilik..jauh sekali dia nk smbahyang sekali.. dan baru2 nie saya di halau oleh mak mertua dan isteri saya dan satu demi satu tamparan yang di beri oleh isteri dan mak mertua saya.. kini isteri saya benar2 bencikan saya dan dia langsubg tidak mahu bertentang mata dengan saya.. adakah ini salah satu dari santau juga??? baru2 nie anak saya ada gatal2 di mulut dan badan adkah ini berpunca dari santau..

  5. abdul samad bin jamal mohamad Says:

    dimana tempatnya
    sya perlu pertolongan
    bapak sya terkena santau
    akibat dengki dr org
    sila hubungi 046568223
    kami perlu pertolongan

  6. hidayah Says:

    Salam..sy ingin bertnya..dua mlm lpas suami sy batuk dan terkeluar rambut.sy syak suami sy terkena santau.sblm ini suami sy prnah dibomohkan oleh seorg janda dan shgga skrh janda tu msih bomohkan suami sy.beto ke suami sy terkena santau??mcm mne nak rawat ye.tlong la sy..dh byk cara sy dan kluarga buat tp kdaan msih sama..

Tinggalkan komen