Beriman Pada Qada’ Dan Qadar


263337251_06cb1b777f

‘Jika ada jodoh bertemu juga kita kerana jodoh,hidup dan mati terletak di tangan Allah swt.’

Itulah ayat yang biasa kita dengari terutamanya bila berkait dengan perihal jodoh dan rezeki. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah swt kerana dengan kebijaksanaan Sang Pencipta yang Maha Memahami dijadikan kepercayaan kepada qada’ dan qadar sebagai sebahagian daripada rukun iman.

Mengapa tiba-tiba sahaja saya berkata begitu? Sebagaimana kebanyakan kita menerima sahaja apa yang diwahyukan melalui Nabi Muhammad saw, begitulah jua diri ini. Namun selama 2 minggu saya berada di bahagian kesihatan mental atau lebih dikenali sebagai bidang psikatari telah menyedar dan membangunkan diri dari kealpaan mengenai rukun iman ke enam ini,benarlah janjinya:

‘Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.’ (An-Nahl:78)

Kebanyakan mereka yang dimasukkan ke dalam wad-wad di hospital merupakan mereka yang benar-benar kritikal dan telah cuba berkali-kali untuk menghabiskan riwayat diri dan amanah kurniaan Yang Maha Esa. Tahukan sahabat mengapa? Tepat sekali! Ianya berkait rapat dengan hal keduniaan yang membawa kepada kebinasaan mereka ini khususnya berkaitan tekanan hidup, isu rumah tangga, wang, anak-anak dan ada juga yang diperkosa oleh ayah sendiri dan pelbagai lagi alasan yang menyedihkan.

Namun itu bukanlah tujuan saya menulis. Marilah wahai sahabat yang saya kasihi sekalian, marilah melihat dan bermuhasabah kembali, jika bukan kerana kekuatan dan keyakinan kepada rukun iman ke enam ini pastinya kita semua dan kemungkinan sebahagian populasi dunia menghadapi masalah tekanan jiwa. Kata-kata ‘Biarlah ,tiada rezeki, telah Allah tentukan’ dan pelbagai lagi keluhan yang berbunyi aduan kepadaNYAlah yang membezakan kita dengan mereka. Ini bertepatan dengan janji Allah swt:

‘Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid)… ‘ (Al-Kahfi:14)

Beriman kepada takdir bererti percaya bahawasanya Allah swt mengetahui perjalanan hamba-hambaNYA dan mengawasi hal ehwal mereka serta mentadbir urusan mereka, dan percaya bahawa segala sesuatu yang berlaku dalam alam adalah dengan izinNYA. Serta bahawa apa sahaja yang mengenai manusia,sama ada yang bermanfaat mahupun yang mudarat adalah dengan iradat dan qudrat NYA.*

‘Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.’ (At-Taghabun:11)

Oleh itu setelah berusaha sebaik mungkin, serahkanlah hasilnya untuk ditentukan oleh Yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih. Apa jua yang berlaku diterima dengan jiwa yang tenteram dan penuh keyakinan bahawa segala sesuatu telah diatur oleh Allah swt, dan DIA takkan sekali-kali menzalimi hamba-hambaNYA.

‘Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. ‘ (At-Taubah:51)

‘Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.’ (Al-Imran:108)

Dan kerana janjiNYA mengenai hari keadilan yang pasti, menawarkan ganjaran yang berlipat kali nikmatnya berbanding di dunia ini membuatkan kita masih teguh berdiri.Mencuba sebaik mungkin mendepani setiap cabaran dan dugaan yang dihadapi. Walau diri ini penuh dengan dosa dan amat hina di hadapanNYA.Namun, janjiNYA yang benar untuk menerima taubat setiap hambaNYA yang mengharapkan ampunan dan redha Ilahi  menjadi penawar luka di hati untuk  membaiki diri.

Oleh itu,marilah wahai sahabat, marilah sama-sama kita meneguhkan keimanan di hati dengan takdir ketentuan Ilahi supaya tidak tersungkur dek dunia ini!

About these ads

5 Respons to “Beriman Pada Qada’ Dan Qadar”

  1. anonymous Berkata:

    salam. sy sangat tetarik dengan blog ni..just want to share
    jujurnya sy ni bukanlah orang yg penyabar. tp cuma 1 je sy percaya semua ni urusan Allah, apa yg jadi pada sy, memang sangat2 sedih, tp bila fikir bukan sy sorg saja yg die beri dugaan hidup ni, apa2 pun hidup ni mesti diteruskan. memang perkataan MENYESAL selalu ada dalam kepala ni, tp semuanya da terjadi, qada’ n qadar, dalam hati ni insya’Allah my past story xkan berulang lagi hanya mampu berdoa. itu je yg sy mampu, yg selainnya hanya berserah pada yg Maha Kuasa. sakit sy, dulunye sy selalu tertanya kenapa, . everyone that Allah create have their own life story. and i know this is my life story. each of the life story have the reason for itself. it’s can not be like anything happens without reason. impossible. so everything happens always have reason. and Allah know it. I give 5 star for this blog. ;)

  2. wallahualam…….!!!!allah maha mengetahui segala tentang hambanya.tapi bile di fikirkan balik,aku cm tk sanggup lg nk berhadapan ngan sume nie.jgn ckp MENYESAL nk GILER pun ade. sampai nak menitiskan airmata sampai dh kering.YA ALLAH KAULAH YANG MENGETAHUI PERJALANAN HIDUPKU PADA MASA INI DAN AKAN DATANG. BERILAH HAMBA KETENANGAN.AMIN .

  3. zeeda Berkata:

    salam..I ‘m actually..tengah bengag dgn my life i have a family..bt my huby never appreciated me….tak tau ndk buat mcm mana lg..just berserah…but till when…bnyk persolan d kepala until when nak sabar…myb i’m not strong enough …this is life..i can’t take it but i try….

    • Bawa bertenang.cubalah kembalikan segala permasaalahan itu pada Allah dgn byk menyebut innalilahiwainmnailaihirojiun..insy-Allah anda akan tenang.musibah itu dari Allah,kepada Allah jua ia kembali.semua manusia tidak kuat,hanya Allah yg Maha Kuasa.kita tidak akan mampu utk mengangkat sehelai tisu kalau bukan dgn pertolongan dan kekuasaan Allah.renungkanlah sahabat.

  4. alhamdullilah…bersyukur..ssb sy mula sedar…jodoh dan petemuan yg terpisah 2 semua ketentuan ALLAH…sy mula menerima qada n qadak….YA Allah maha pengasih yg meberi rahmat kepada manusia….tunjukan aku jln yg lurus smoga aku tidak terpesong dan lalai terhadap mu….seperti dulu

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: