Wanita ibarat bunga


bunga

Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah… Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah… Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang… dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya… Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah… Firman Allah dalam surah an-Nisa’, ayat 24 yang bermaksud… “Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : “Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.” hari Muslim

Wanita Menurut Perspektif Islam

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman, “Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.” An-Nisaa : 124 Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya.” hari At-Tirmidzi

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud…. “Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.”Al-Bukhary dan Muslim.
Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita menurut perspektif Islam adalah :

Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” lah Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. ” Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.”lah Ruum : 21.

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu.”An Nahl :72

About these ads

6 Respons to “Wanita ibarat bunga”

  1. bunga ..y…

  2. Assalamualaikum..
    Subhanallah..betapa wanita itu sbnrnya terlalu istimewa..

    untuk kaum Hawa :

    aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi,
    InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnG
    pErTaMa…
    KaMu JaDi SePeRtI kElApA..
    mUdAh DiPeRoLeH..
    DiPaRuT…dIpErAh..
    dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..
    LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang…
    kEdUa..
    KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..
    bErAdA dI DaSaR lAuTaN..
    TeRsImPaN rApI..
    DiLiNdUnGi KuLiT..
    bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..
    ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa..
    hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh..
    BeRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn…
    dApAt MeMpErOlEhNyA..
    HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..
    dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..
    JaDi….
    kAmU piLiHlAh sama ada HeNdAk MeNjAdI
    kElApA aTaUpUn MuTiArA..(“,)

    -NurTaQwa88-

    • ikut kata nafsu mahu jadi kelapa
      rasa indah didekati
      tapi ditemani syaitan
      ikut kata hati mahu jadi mutiara
      walaupun susah didekati
      tapi ditemani Allah…
      same2 kite berdoa
      semoga dikurniakan sekeping hati yang suci…

    • MOHON SHARE YERR

  3. wah..best2….heee..=)

  4. Perjalanan hidup wanita bagai bunga.
    Saat mekar banyak yang memuja. Jika layu semua orang mengabaikan.
    Jagalah kesucian supaya orang segan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: