Faktor Mempengaruhi Perkembangan Sahsiah Kanak-kanak


PENGARUH KELUARGA

Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. Ini disebabkan keluarga boleh dianggap sebagai kumpulan sosial yang pertama melingkungi kanak-kanak. Kanak-kanak menghabiskan masa bersama keluarganya lebih daripada kumpulan sosial luar yang lain. Kuat atau lemahnya pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak dapat digambarkan seperti berikut:

v Jika kanak-kanak hidup dengan dikritik, dia akan belajar membenci.

v Jika kanak-kanak hidup dalam perseteruan, dia akan belajar berkelahi.

v Jika kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi cemas atau bimbang.

v Jika kanak-kanak selalu diperli, dia belajar menjadi malu.

v Jika kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar menjadi sabar.

v Jika kanak-kanak selalu diberi galakan, dia belajar yakin dengan dirinya.

v Jika kanak-kanak selalu dipuji, dia belajar untuk menghargai.

v Jika kanak-kanak merasa dirinya diterima, dia belajar berkasih sayang

v Jika kanak-kanak mendapat layanan sama rata, dia belajar menghargai keadilan.

v Jika kanak-kanak hidup dengan kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.

v Jika kanak-kanak hidup dengan berasa selamat, dia belajar mempercayai dirinya dan orang lain.

v Jika kanak-kanak dikenali dan dihargai, dia akan mempunyai tujuan hidup.

Pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak banyak bergantung kepada sifat-sifat kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang selalu gelisah dan selalu dalam keadaan tegang, misalnya cepat berasa kecewa apabila ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada adiknya yang baru lahir dibandingkan dengan kanak-kanak yang bersifat tenang. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sihat akan memberikan reaksi yang berlainan terhadap ibubapanya yang selalu melindungi dan memanjakannya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lemah-lembut tetapi selalu sakit.

PENGARUH TADIKA

Keadaan Bilik Darjah

Kanak-kanak akan berasa gembira, selesa, suka bekerjasama dan bersemangat untuk belajar di dalam bilik darjah yang kemas, teratur dan dapat menimbulkan suasana untuk belajar. Keadaaan bilik darjah yang tidak kemas membuatkan kanak-kanak sentiasa berasa tegang, gelisah, suka bergaduh, nakal dan tidak berminat untuk belajar. Keadaan bilik darjah banyak bergantung di atas sikap guru terhadap kerja dan murid-muridnya.

Guru

Guru boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah kanak-kanak dengan menunjukkan teladan yang boleh diikuti mereka. Murid-murid akan menganggap gurunya sebagai pengganti ibu bapa mereka. Murid-murid lazimnya akan meniru tingkah laku guru, mengikut nasihatnya serta bimbingannya.

Disiplin

Disiplin yang dikenakan di sekolah juga mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Disiplin yang ketat akan membuatkan kanak-kanak selalu berasa tegang, gelisah, timbul rasa benci dan suka bermusuh. Disiplin yang permisif akan membuat kanak-kanak tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati peraturan. Sementara displin yang demokratik akan membuatkan kanak-kanak berasa dirinya penting, riang, suka bekerjasama dan percaya pada orang lain.

PENGARUH FIZIKAL

Keletihan

Keletihan menyebabkan kanak-kanak mudah tersinggung dan suka membantah dalam hubungannya dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.

Kekurangan makanan

Kanak-kanak yang kurang makan khususnya makanan yang berzat selalunya tidak aktif dan kurang bertenaga untuk bermain dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak yang kurang aktif lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan selalu berduka.

Penyakit

Kanak-kanak yang selalu sakit mempunyai emosi yang tidak stabil, selalu berduka dan bersifat terlalu bergantung kepada orang lain.

About these ads

11 Respons to “Faktor Mempengaruhi Perkembangan Sahsiah Kanak-kanak”

  1. Assalamualaikum. KakChik sangat suka artikel ini. Diharap tidak marah ya sebab KakChik nak copy. KakChik ni pelajar Dip. Pendidikan Awal Kanak-Kanak di OUM Kelantan.

  2. khairanie Says:

    Tq kpd pnlis…
    artikel nie sgt berguna kpd bakal pendidik sprti sya…
    blh jdkn rjukan tuk buat asgment..

  3. rabitah Says:

    salam, bagus artikel yang ada dalam nie, nak tanya, kalau anak perengus, suka merajuk, mcm mana nak handle, kongsi ckit

  4. thanks for the tipsl!! thanks a lot!!

  5. Wamildah Binti Tamin Says:

    salam…thanx for da article…boleh ga guna tuk wat assgmnt…

  6. syahidazah Says:

    artikel ini bkn shj sesuai utk mbuat asgmnt ttp amt bguna untuk kt praktikan dlm kehidupn seharian kt…..tahniah…. :)

  7. jamilahtawil Says:

    jumpa gak akhirnya….. penat carik

  8. askum best gak aktikel ni..

  9. thanks…..artikel ini sgt berguna dlm asigment prasekolah saya

  10. terima kasih…byk membantu

  11. Kak Rosidah Says:

    Bagus artikel ini, boleh saya copy. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 79 other followers

%d bloggers like this: