Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.



Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

About these ads

28 Respons to “Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.”

  1. lepas membaca tip2 ni, hati jadi lebih yakin.. thanks for the useful tips…

  2. em,lps aya bce smua tip2 2,sya brasa cam hati ni tenang sikit.sya akn cuba smua tips ni….

  3. amal Berkata:

    lepas saya baca tips…saya bertekad nak menjadi lebih baik…tapi bila tiap kali terkenang…saya mesti menangis…saya x kuat…saya xde kawan…saya menangis sendiri…saya takut saya hilang pedoman….

  4. intan anis Berkata:

    sye hrus tabah dengan menjalani takdir yg dtentukan oleh allah.meskipun sye x brape tabah.mulekan dgn bismillah.

  5. habibollah Berkata:

    minta izin copy gambar untuk bahan dakwah.tq

  6. Salam.

    Minte izin untuk upload artikel ni ke dalam blog saya.

    Terime Kasih.

  7. Sya akn cuba yg terbaik tetapi mmg agak sukar… hanya allah maha mengetahui perasaan ini….

  8. sye dh cuba tip 3,4,5 tu…….memang berkesan.tp kdg2 tu kngan tu dtg blik,yg membutkn sye ase sedih…….sye akan cuba kesemua tip tu…….insyaallah.amin…….sye boleh!!!! tq share tips….

  9. dahlia Berkata:

    saya sedar…
    disebabkan kurang bersyukur, saya kecewa hanya kerana hal-hal yang remeh..

  10. sabar separuh dari iman . byk2 bsabar mghadapi dugaan walaupun sukar . fighting !

  11. tika & saat ni Q sedang mengalami kekecewaan yg amat sgt…berazam utk cuba tips nie, i’ll do my best for myself…caiyok Q!!!
    Q nk share kt blog yee…

  12. take time tuk ni smua…trlalu perit tp bl gat sml skit hati…pepun jd aku dkt dr dgnNYA

  13. mintak izin nk upload page ni..nk kongsi dgn kwn2 yg lain juga.thanx yer..

  14. SENGSARA Berkata:

    Sayapun memang sedang kecewa… Isy… kenapa harus jadi begini…

  15. sangat membantu dan melegakan…sy sgt sukar memaafkan dan melupakan kata2 yg sgt menyedihkan sy…namun slps mmbaca artikel ini…sy akan cuba…

  16. wawa airmata Berkata:

    … sy akan lawan smua kekecewaan sy.. dgn mmbaca smua ruangan ini.. tq…insyALLAH..

  17. MANTHOOOOOOOOOOP

  18. x msukk langsung

  19. aq gak akan mudah menyerah sbelum aq melawanya

  20. sungguh kecewa,…

  21. tq , tip ini menjadikan saya kuat mental, fizikal, rohani & jasmani

  22. sungguh kecewa…. tp rasa kecewa takkan akan pernah mendatangkan manfaat,,,
    rasa kecewa hanyalah sembilu… yg akan meyayat hatimu… bersabarlahlah,,, dan jadikan Allah sbg tujuan pd setiap apapun,,,, Astagfirullah…

    Ya Allah Engkaulah yang Maha membolak balikkan hati manusia…

  23. Asmaul Husna Berkata:

    Terkadang KECEWA itu perlu…karena kecewa itu adalah sebagian dari rasa [ş̲̅α̲̅y̅α̲̅ng̲̅] da cinta

  24. Terimakasih sesudah baca ini perasaan saya sedikit lega, saya punya kekecewaan yang terlalu dalem kerja keras saya tidak dihargai sama sekali, ntah kapan saya bisa menghilangkan kecewa ini, begitu sulit saya melupakanya dada ini terus sesak

  25. teddybear Berkata:

    tak sedih sgt bila baca tips ni,tp sedih bila baca komen amal..sama cam saya..sedih bila terkenang..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers

%d bloggers like this: