
Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan menjangkakan 20 ribu rakyat akan menyertai Himpunan Aman Membantah Kenaikkan Harga Minyak pada 13 Jun 2008 (Jumaat). Beliau yang ditemui dalam sidang media selepas menghantar Surat Bantahan Rasmi Pas Wilayah Persekutuan kepada sekretariat Barisan Nasional di PWTC pada pukul 2.45 petang berkata;
“rakyat semakin terhimpit dengan kenaikkan harga minyak antara 78 sen dan RM1. Kerajaan wajar menimbangkan semula keputusan itu”
“kerajaan dan pimpinan BN juga wajar bertanggungjawab diatas kenaikkan harga minyak dan langkah-langkah bagi membentung kenaikkan harga barang dipasaran ekoran kenaikkan harga minyak perlulah dilaksanakan segera.”
Sebelum itu, pada sebelah pagi beliau bersama pimpinan PAS Wilayah telah turut menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya.
Ketika ditanya oleh wartawan tentang sebab beliau menghantar surat bantahan kepada sekretariat BN, beliau menegaskan bahawa isu kenaikkan harga minyak ini adalah berpunca dari sikap boros dan kegagalan pemimpin BN mengurus negara.
“kita selalu menghantar surat bantahan kepada PM selaku ketua negara, tapi kali ini kita juga hantar kepada Sekretariat BN supaya rakyat faham bahawa isu ini sebenar berpunca dari BN dan merekalah yang wajar dipertanggungjawabkan kerana ramai juga pegawai Kerajaan yang tidak bersetuju dengan kenaikkan ini”
Dalam sidang Parlimen baru-baru ini Kerajaan turut mengakui bahawa dana sebanyak RM 500 ribu bagi setiap ahli parlimen telah habis sebelum pilihanraya umum lagi. Selain itu Perdana Menteri juga mengakui bahawa Kerajaan BN telah membelanjakan sebanyak RM 10 juta untuk program perasmian NCER.
Ini menyebabkan dana negara semakin kurang dan budget yang patut digunakan untuk setahun telah habis dalam masa 2 bulan. Oleh itu, Kerajaan menaikkan harga minyak bagi menampung kos pentadbiran bagi baki lagi 10 bulan.
Mohamad Noor turut menekankan bahawa Kerajaan BN adalah penipu kerana sebelum pilihanraya Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak berjanji tidak akan naikkan harga minyak. Pada 3 Jun pula Menteri Perdagangan Dalam Negeri yang baru, Shahir Samad membayangkan bahawa harga minyak akan naik pada bulan Ogos. Walaubagaimana pun pembohongan BN terserlah bila PM sendiri mengumumkan kenaikkan harga minyak sebanyak 78 sen bagi petrol dan RM 1 bagi diesel berkuatkuasa pada 5 Jun.
Mohamad Noor mengesa agar rakyat bangkit dan tidak sekadar mengeluh. Rakyat diseru untuk menyertai perhimpunan aman dari Kg. Baru hingga KLCC pada hari Jumaat nanti bagi memberikan tekanan kepada BN untuk menurunkan harga minyak.
*SUMBER dppwp.wordpress.com