Personaliti lahir dalam bulan islam


alfatihah.jpg

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

*Jom semak tarikh lahir dalam tahun dan bulan Islam kat Sini

About these ads

21 Respons to “Personaliti lahir dalam bulan islam”

  1. 11 Februari dan 29 Mac 1984 bulan islamnya apa eh?

  2. assalamualaikum..boleh x kirimkan maksud nama saya,terima kasih diatas sokongan anda.

  3. 1 lagi maksud tarikh lahir sy 22.12.1990?terima kasih

  4. alammi Says:

    benarkah semua maksud2 bulan kelahiran seperti di atas

  5. 19 mei 1991 dlm bln islam ape yer?

  6. sape taw,camne nk cek tarikh lahir dlm bulan islam..??? klu lahir 31 januari 1991 bersamaan dgn bln rejab tp trkh bpe?? huhu

  7. Nak semak tarikh lahir dalam tahun dan bulan Islam boleh semak kat http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php

  8. nak tahu tarikh kelahiran dlm bulan islam..bukak web ni

    http://www.paulsadowski.org/BirthDay.asp

  9. suhana binti rubin Says:

    tarikh lahir dalam bulan islam 10 julai 1986

  10. sitinornazilah Says:

    apa maksud 16.1.1997pada tarikh lahir saya.

  11. noorasmanti Says:

    22 mei 1981,bulan islam nya pe ek?

  12. sy dah berubah…. dah pandai mengakui kesilapan…

  13. Dalam internet sume ade.. xkan nak convert tarikh lahir kepada bulan Islam pun xleh cari sendiri.. Aduyai.. Sume nak suapkan ke..

  14. mana2 yg ingin tahu bulan kelahiran mereka dalam kalender islam sila cuba link ini:

    http://www.islam.com/islamicdates.asp?ct=%27yes%27

  15. saya nak tanya tarikh 26.05.2012 apa kelebihan atau keistimewaan bila seseorang itu mendirikan rumah tangga.

  16. saya nak tarikh 28.05.1975…apa kesimpulan yg boleh dibuat

  17. nur izzati zainuddin Says:

    saya nak tahu apakah kelebihan dan keistimewaan bagi tarikh lahir nya pada 1/9/1999…..

  18. lahir 9 febuari 1972 bulan islam apa ya

  19. Norshahida iylia Says:

    sy dh jumpa tarikh bulan islam tp buLan dalam islam 2 sy x tau sbb dia tulis Thaw ‘Qidah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 79 other followers

%d bloggers like this: